ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.
Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
- hihiihihihi..knp aku gelak? sbb aku selalu je potong bila laki aku ckp. klu dia tgh ckp benda tu x btl kat aku mmg cpt2 aku masuk. tu psl kami selalu bertikam lidah sbb ayat blum hbs tp aku dh bg peluru.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
- suami aku jarang marah2. boleh di kira je dia marah brp kali. aku je yg tiap2 ari marah. dh jd hobi. wakakkaka..tp biasanya klu suami aku betul2 marah mmg aku diam je..tkt nk menjawab sbb ngeri. i kecut perut u. tp klu tone marah dia cam x brp nk marah mmg aku menjawab je..jwb tuk tegakkan kebenaran.hiihiihih.. jgn tiru mcm saya ye..dosa tuuuuuu
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
- ye..kdg2 saya merajuk. eh! selalu jugakla. nmpk sgt sy x matang ye ;)
- ye..kdg2 saya merajuk. eh! selalu jugakla. nmpk sgt sy x matang ye ;)
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
- aku ke yg kene potongkan? manala reti. kang jd misai kontot lak. penah jugak laki aku suh aku potongkan rambut dia skit..aku x brani sbb nanti jd fesyen lain lak. biasanya aku buat mcm ni "yang, rambut dh panjang..g kedai mamak tu..gunting kasi pendek" ni je la mampu aku buat..hahaha

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan
melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

- aku isteri yg x taat..huarrr..x yah bgtau..aku dh tau. sbbnya aku mmg suka tangguh2 klu dia suh ambk itu ini. tmbh2 klu tgh tgk drama kan..harusla nanti..ambkla sendiri ye..hahahha. tp aku bertuah kot sbb biasanya laki aku akan bangun n ambk sendiri. x marah2 la ;) 1 lagi tuah yg aku dpt..
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
- ni je aku taat..aku masak ikut selera dia. klu selera aku harusla tiap2 ari western. x ada nasi2 bagai ;) walaupun kdg2 aku msk dgn ati yg marah..
- ni je aku taat..aku masak ikut selera dia. klu selera aku harusla tiap2 ari western. x ada nasi2 bagai ;) walaupun kdg2 aku msk dgn ati yg marah..
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus
isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
-saya x reti menjahit..so hasilnya pun x brp kemas. bkn buat dlm keadaann yg x ikhlas..hihiih. stkt jahit butang ngn klim suar tu ok la kan..nk buat2 yg susah2 x reti hadek
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
- sume nya ada ats meja solek..so sang suami ambk je la.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

opsssssss
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
- bab ni aku isteri yg taat sbb klu nk guna kete dia mmg aku mintak izin. duit? x sbb aku ada duit aku sendiri. klu kuar sama2 je aku beli brg..so dia keluarkan duit. x ada aktiviti minjam meminjam.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
- Saya mmg wangi..hihiihihi. Yg ni mmg kene titikberatkan la. walaupun penampilan x sehot mana tp klu kita dlm keadaan kemas+x bau masam2 pun dh kira ok la kan.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
- biasa sy bg air kosong je..ahahhaha..kejam kan? tp okla kan drpd x ada air. klu ada masa je sy tny nk air apa. laki sy jenis x kesah..so air apa pun bg dia mnm je tnp request itu ini.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
-So kepada anda yg bergelar perempuan n isteri org..fikir2kan la. jgn jd mcm saya ye, perempuan yg kurang adab dgn suami. suka potong ckp suami. aku harap benda2 ni leh buat aku renung balik pangai2 busuk aku ni.hehhee. Semoga Pn. Aida berubah menjadi seorang wanita & juga isteri yg taat ;)

2 comments:
wah, info berguna ni. peringatan utk diri sendiri gak. thx for sharing beb
jom la kita sama2 praktikkan ;)
Post a Comment