LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Sunday, November 15, 2009

Benarkah @ Kebetulan ???


Nampak x????kat mulut dia tu??? apa diaaaa?? tu la air liur rissa. huhuhuhu... Sambil tido pun air liur meleleh ke sayang?? ibu x tau nk buat apa dah. Baju habis basah disebabkan air liur yg meleleh..
Org tua2 pernah cakap klu si ibu x dpt makan apa yg dihajati maka si anak akan meleleh air liurnya bila lahir nanti. Apa?? betul kah?? itulah yg terjadi dkt aku.
Aku teringin sangat nk mkan pizza versi ramadhan..tp pizza tu keluar ms 1st ramadhan. So aku kene tunggulah. Tup..tup..ms bgn sahur air ketuban aku dah pecah. Huarhhhhhhhhhhh..dat mean aku x lehla makan pizza sbb 1 ramadhan tu la baby aku nk keluar jugak. Seminggu awal dr due date aku, dan disebabkan itulah aku kempunan nk makan pizza.
Adakah ini kebetulan atau pun mmg iye? entahla..aku pun x tau. x ada fakta pun yg menyatakan klu x dpt makan apa yg di idamkan mst baby asik keluar air liur je. Terpulangla pada korang nk pilih yg mana ye :)

sambal udang petai

Pagi2 lagi aku dh ke pasar. Dh lama rasanya x g pasar dan dah lama jugakla aku x masak tuk hubby aku. Arini mud nk memasang datang so aku ajak my hubby g pasar. Menu hari ni ialah sambal udang petai.

Sampaila di pasar, macam2 yg aku beli...daging,udang,sotong,ikan,sayur,cili,ikan masin...macam2 la yg aku capai. Niat di hati nk makan lala tp jenuh aku pusing 1 pasar x ada pun. x musim kot. Hubby aku nk beli ketam tp ketam kecik dah tu mahal lak. Aku klu g psar mcm g shoping, mcam2 la yg aku nk beli.Rambang mata u..hehhehe.

Habis je membeli, aku n hubby melepak kat restoran haslam. apa lagi..mencekikla..teringat ms zaman2 aku preggy, kedai tu la yg aku selalu pegi sbb nk mkn roti canai yg sangat sodap..hehehe. Smpi je umh terus aku memulakan aktiviti memasak sambal udang petai..so inila resepi aku. very simple okay!



SaMbaL UdanG Petai

1kg Udang

3ulas bwang putih (ditumbuk)

1bj bawang besar (ditumbuk)

5sudu besar Cili kering

3papan petai

Minyak masak, sedikit garam, ajinomoto, gula & air asam jawa (kene pandai2 budget oke!)

Cara2nya:-

1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan2 diatas sehinggala terbit minyak.

2.Kemudian masukkan air asam jawa, ajinomoto, garam n gula. (pandai2la rasa ye).

3. Masukkan udang..apabila udang dah masak barula korang masukkan petai. (nk tau udang tu msk ke x..tgk udang tu..hehhe..klu dia merengkok/bengkok, maknanya dh mskla tu.)

4. last skali mskkan bwang besar yg di potong2..(dlm bhn2 x mentioned pun. nak msk boleh x msk pun boleh)

5. tadaaaaaaaaa..dh siap. ni lah haslnyer.

Saturday, November 14, 2009

Hadiah from aunty2 borak.cari for my luvely Gegirl

Dah lama sebenarnya aku nk mengucapkan ribuan terima kasih untk aunty2 yg duk melepak kat thread borak.cari. Sbb apa aku nk ucapkan terima kasih ni??haaaa..sebabnya..aunty2 ni share2 duit tuk belikan hadiah tuk gegirl...dan hasilnya dptla gegirl playmat lamaze :) comey sangat2..byk toys yg bergantungan. Tunggula 1/2bln lagi..pas ni mst gegirl leh lepas ats playmat tu sambil2 main ngan toys tu.


Inilah playmat Rissa :)


Aunty2 ni jugak ada request nk pic gegirl duk main ats playmat tu tp aku x dpt tunaikan sbb dia kecik lagi..x pndai main pun lagi. Nanti bila dh pandai..aku akan ambk gmbr tu & letak dlm blog ni. Antara aunty2 yg berbaik ati nk bg hadiah kat Rissa ialah :-
  1. Aunty Ayu

  2. Aunty Farah

  3. Aunty Faz

  4. Aunty Huda (my besan..ahaks)

  5. Aunty Waaz

  6. Aunty Anum

  7. Aunty Dya

  8. Aunty Mira

  9. Aunty Cira

  10. Aunty Eni

  11. Aunty Lyza

  12. Aunty Sheila

  13. Aunty Gegirl

  14. Aunty Sarah

  15. Aunty Jiji

  16. Aunty Reena

PeLan BerSaliN

POSISI MELAHIRKAN ANAK

Mencangkung

Kedudukan ini paling baik kerana mendpt bantuan graviti untk proses melahirkan anak. Namun keadaan ini boleh meletihkan jika tidak membuat latihan bersesuaian sebelum itu.

Dorsal

Posisi ini paling kerap dilakukan oleh ibu hamil yg sedang melahirkan anak. Anda hanya perlu meregangkan kaki dengan badan tegak. Gunakan bantal untk menahan badan.


Lithotomy


Jika memeilih untk bersalin posisi ini, kaki anda disokong yg mana kaki perlu diletakkan di atas kekuda khas.


Roman wheel


Posisi bersalin ini memerlukan anda duduk di dalam buaiandan menggunakan peralatan yg menggunakan roman wheel. Bagaimanapun tidak semua hospital yg menyediakannya.

Melutut


Sama seperti mencangkung kerana anda menggunakan bantuan graviti untk bersalin. Cara ini lebih selesa kerana anda tidak perlu meneran terlalu kuat untk mengeluarkan anak.


*** KETIKA MENERAN, RAPATKAN DAGU KE DADA. CARA INI DAPAT MEMBEKALKAN LEBIH BYK TENAGA KETIKA PROSES KELAHIRAN





Friday, November 13, 2009

GileR RomPerS

Cuteeeeeeee...tu la rompers. Skang ni aku amat menggilai rompers, tp bkn tuk aku...tp tuk bb aku daa...hahhaa.

Aku suka sgt tgk bila rissa pki rompers..very cute. lg pun senangla jugak tuk ibu sbbnya bila time tukar pamper tu x yah nk bukak2 suar..tarik2 suar..bukak je button. tada..dh siap. very easy..hehhehehe.

Skang ni plak..si cira dh menyetan kan aku dgn rompers2 yg dia jumpa dlm blog2 shoping. eeeeeeeeee...tara guna itu budak. dia mmg la selalu "terbeli" takut2 penyakit "terbeli" dia tu terjangkit kat aku. Chomei2 rompers yg dia tunjuk kat aku tu..iman ku tergugat seh!!












Cute x?? mmg cute kan..x dpt di nafikan.

so sesp yg berkenan dgn rompers2 ni..boleh la g ke link di bwh ini..jom shoping!!


http://mybabyliciouscollection.blogspot.com/2009_11_01_archive.html

Tuesday, November 10, 2009

10 tanda2 yg anda Peknen

Sapa2 yg ada tanda2 ni cepat2la pi tadah airkencing ye...hehhehe. Tanda2 peknen ni lebih kurang tanda2 mcm nk piyed gak.





1. Rasa lapar yg berpanjangan

2. Perubahan warna pd sekeliling payudara

3. Selalu nk buang air kencing

4. Rasa kurang bermaya atau lemah badan

5. Buah dada terasa sakit ataupun tegang

6.Rasa loya dan muntah

7. Pendarahan implantasi dan senak pada ari2

8.Suhu badan tinggi yg berpanjangan

9. Terlps kitaran haid

10. ujian air kencing yg positif..



tahniah!! anda peknen. hehehhee....

Thursday, November 5, 2009

Untk Mempermudahkan BersaliN

Takut..Resah..Gelisah.. ha! aku tau korang2 mst rasa mcm ni kan? Aku pun rasa jugak..x ada terkecualila, nak2 pulak bersalinkan ank sulong. Macam2 ada..tp aku nasihatkan kat korang2 jgn bg benda2 ni menguasai fikiran kitaa. Kalau dia dh takluk mst korang rasa x yakin nk bersalin nanti. Kat sini aku nk sharela skit ngan korang mcm mana nk mudahkan kita bersalin. Tp klu korang dh amalkan dan korang x dpt nk bersalin dgn mudah jgn salahkan aku gak tau. Ni semua ketentuan Dia...kita cuma boleh usaha je.
Jom kita baca jap :-
  • Jangan sesekali malas membuat kerja..asik tido je bak mak aku kata...nanti x ada tenaga nk teran
  • Banyakkan pergerakan, buatla senaman ringan seperti jalan berkaki ayam di atas tar, atas rumput dan lain-lain.
  • Jangan sesekali lawan cakap suami..kalau dh terlepas tu cpt2la korang minta maaf ye.
  • Minta suami melakukan banyak solat hajat untk memudahkan bersalin. Ms tgh sakit nk bersalin tu suh dia buat solat hajat..bc yasin byk2.
  • Korang pun perlu banyak melakukan solat sunat tahajud, hajat dan taubat sepanjang jangkawaktu mengandung. (Solat hajat untk dipermudahkan bersalin) selain tu klu boleh ms pregnant ni baca Al-Quran smpi khatam.
  • Selepas setiap solat wajib, baca selawat sebanyak 100x
  • Sebelum tidur pada setiap malam, baca surah al-ikhlas 40x
  • Asben korang pun boleh baca surah al-ikhlas sebanyak 40x sebelum tidur pastu tiup kat perut korang.
  • Banyakkan membaca "la ila ha illa anta, subahanaka inni, kuntu minazzholimin" dan Ya Fatah sepanjang korang preknen ni dan ms dlm labour room. Jgn dlm tu korang asik jerit sakit je tau..nanti x ada tenaga dah nk push. drpd jerit2..baik korang baca ni.

InsyAllah kalau korang buat sepanjang waktu kehamilan, jangkamasa sakit bersalin amat pendek. Alhamdulillah..aku bersalin amatla mudah..sakit pun x lama, 2jam aje.

Wednesday, November 4, 2009

Persediaan Mummy ke hospital

Hye mummies!!


Erm..sp yg tgh preggy ank sulong ni mst x byk yg korang tau kan? mcm aku la jugak..blur oke.

tp aku byk membaca so bykla info yg aku dpt gak. Disebabkan aku berbaik hati..aku pun nk kongsi dgn all mummies yg baca blog aku ni xpecially kwn2 forum aku apa yg korng perlu bwk ms nk ke hospital. Jgn bwk beg besar mcm nk duk sebulan udah la ye..nanti kene perli lak ngan nurse.

Barangan untk MAMa
  • Baju - Bwk bj kemeja berbutang dpn sbb sng nak susukan bb nanti. (tp klu bersalin dkt private x yahla bwk sbb bj mmg disediakan..pakaila uniform tu ye)
  • Stoking - Stokin bwkla 2helai sbb in case basah ke nanti. Beli stokin yg tebal tau. Stokin ni digunakan untk mengelakkan angin msk dlm badan.
  • Kain Batik - Bwk 2 helai je, klu lama kene thn dkt hospital..suh asben bwk lagi. Tp klu private x yah bwk sbb pki uniform..hehhe.
  • Set kelengkapan Mandian- Towel, ubt gg, berus gg, pencuci muka, sikat ngan bedak
  • Selipar- Beli selipar yg x licin tapak dia tuk mengelakkan korang tergolek dog
  • Tuala Wanita-Bwk sebungkus je sbb hospital akn bg sebungkus gak. Beli yg jenis tebal n panjang. Aku guna brand madame..pureen punya.






  • Seluar Dalam- Bwk byk skit sbb takut nanti tembus. Klu mls nk basuh beli yg buang terus aje.
  • Nursing Bra- Bwkla 2/3psg coli untk memudahkan korang menyusukan bb

Barangan Bayi


  • Pakaian Baby - Sepasang je. Pakai ms nk keluar hospital.

  • Barut- bwk 2/3 helai untk mengelakkan perut bb kembung/masuk angin

  • Pampers - Aku x bwk sbb hospital yg bg. Klu gomen spital aku x tau la plak. Tp klu nk bwk..beli pek mini je..khas tuk newborn

  • Bedung - Sehelai aje. Beli yg hooded towel tu so x yah pki topi nanti.

  • Sarung kaki dgn kaki - sepasang aje

  • Topi-1

Dokumen yg perlu dibwa ms nk daftar msk wad nanti :-


  • kad rekod kesihatan

  • kad pengenalan

  • surat rujukan majikan

  • surat jaminan majikan



Monday, November 2, 2009

New Look!!

Sabtu yg lepas aku bwk gegirl g gonjengkan kepala dia. hikhikhik..sory oke!

ibu terpksa gonjengkan rmbut rissa sbb tu rambut x elok..pas kene cukur ni mst rambut rissa better dr skang ni :)

Org yg bertanggungjwb mengonjengkan rambut gegirl ialah Mamak si penggunting rambut. Niat aku n asben nk pi kedai melayu je tp kedai tu ttp, aku pun pi la kedai mamak. Sblm gunting tu aku siap tny dia mcm2.. u pandai x gunting rambut bb ni?? u brani x? u pernah gunting rambt bb x? mst pening pala dia..hahaha. Sapa suh buat muka x confident jek. aku tkt nanti luka plak pala si gegirl ni..dh la ubun2 dia tu lembut g. eeeee...x dpt aku bygkanla klu berdarah.

Ms gunting rmbt gegirl x reti diam..pusing kiri pusing kanan. Mamak tu dh buat muka cuak. cittt...lagila aku takut. Puas aku pegang pala gegirl supaya dia x gerak2..10mnt pastu dia melalak..trs aku suap susu n Mamak tu pun buat keje dgn aman. Dlm ati aku berharap sgt2 supaya proses tu berjalan dgn pantas. Jom tgk pic gegirl ms gunting rambut ni..

Cara2 tuk bagi rissa x mo bergerak..hikhikhik. idea ku berjaya..yeayyy

inilah hasilnye..my new look. Siap kene gigit nyamuk g kat pala saya tu.





Migrain oo migrain

Mual..loya..pening..nk muntah.. opsss..ni bukan tanda2 aku preggy oke!



Ni tanda2 aku kene migrain..sangatla sakit. Sejak aku lepas pantang, ni kali ke3 aku kene migrain. Sian Rissa, bila aku kene migrain dia x leh nk breastfeed sbb aku mkn ponston..kene tunggu 8jam brla boleh BF dia.

Aku paling benci bila aku kene migrain. Rasa sangat bengang sbb kat mata sakit..kepala pun sakit..pastu aku x leh nk bau benda2 yg wangi2..tgk cahaya yg terang2..surela lagi merebak migrain ni..tu yg buat aku angin je nanti. Ubt migrain ni..klu pas mkn ponston mst aku duk dlm gelap..ttp pintu bilik, jangan ada sorang pun yg kacau aku. Tp sejak ada gegirl ni aku terpaksa tahan je la..kdg2 aku rasa nk nangis je sbb x thn tp apa boleh buat..aku kene lyn gak gegirl ni klu x ada org yg nk jaga dia.

Arini aku haf day sbb bwk rissa g injection..berat diadh 5.4kg :) ibu x larat nk kendong gegirl oke! hehhehe...doc kata bdn dia dh kuat walaupun baru je 2bln lbh. Alhamdulillah...dia budak yg senang di jaga..harap2 dh besar pun dia jd ank yg baik. Ms sblm injection tu dia bkn main senyum2 ngan dr. Ruzini, Dr. pun geram je tgk dia..ms kene injection tu dia nangis 2second je pastu dia stop dah. Kiranya gegirl ni jenis tahan sakit la jugak. Aku harap2 pas injection ni dia x demam..part tu yg aku paling takut sangat2.

Sunday, November 1, 2009

Ku lepaskan Kau!!

My Luvly CoCo

My Luvly PreTTy

Kucing kesayangan aku yg terpaksa aku lepaskan disebabkan mereka2 ini mengalami kegatalan yg melampau..keekkeeke.
Actually tu la sebab utamanya, aku x larat dh nk bela diorg ni sbb asik nk mengawan je. aku mmg x kasikan diorg ni. x sampai ati rasanya nk kasikan diorg ni..mst sakit wooo..tp bila dtg musim mengawan tu telinga ni x tahan nk dgr bunyi2 dia tu. Memekak ajerrrrrrr..nk tido pun x boleh sangat, dh la duk kat apartment mst org duk menyumpah je kitorang.
Carikan pasangan? aku dh carikan dah..tp kucing2 aku ni mmg jenis memilih yg amat. dh byk kali aku jodohkan..sume x menjadi. membazir je aku byr kos tuk menjodohkan diorg ni kat apek tu wooo..bila x jmp pasangan..dia merana! arhhh!! part paling x tahan skali la..kencing merata..berak merata. Ni kira kes makan ati la..lancarkan mogokla tu..padhl selama ni reti je msk toilet diorg tu. Yg aku kesian kat mak aku la..asik nk lap kencing diorg tu. pastu startla mulut dia pot pet pot pet..dan disebabkan itu kitorang pun sedekahla kucing2 tu kat org yg mmg antu kucing.
Si Coco tu mak kepada si pretty..aku bg kat org awl thn ni. Skang ni dia duk kat Dengkil dah. Dia makin sihat...tuan dia selalu bwk dia jln2 pi putrajaya..hahahha. Tenang skit ati aku ni bila tau keadaan dia. b4 ni aku mmg selalu pikirkan dia..dia boleh idup ke?? mkn ..mnm ke x? sbb dia ni jenis manja..x penah pun kuar umh. klu nmpk org je mst lari.
Si Pretty lak smlm adk aku bg kat org. Skang ni dia kat Subang..merata2 kucing aku ni duduk. Tuan dia lak ada bela 3ekor kucing..aku x tau keadaan pretty mcm mana. aku sebenarnya sedih tp terpksa sbb aku dh ada baby, klu aku bela pun it's not gud for my baby. Lgpun aku mmg x ada msla nk layan dia. Ms Coco tu pergi aku nangis..sian tgk dia. Pretyy lak aku sedih gak tp aku x nk tgk dia sangat sbb tkt nangih..hikhikhik.