LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Friday, April 30, 2010

Happy Labour's Day!!

Kepada mereka2 yg bergelar pekerja, inilah hari kita. yeay!! hehhee..tp aku rasa surirumah pun patut jugak di berikan hari ini tuk mereka2 sbbnya kerja rumah tu aku rasa 1 drpd kerja jugak..hakhak..so sang suami..off day kan 1 hari untk mereka2 ini. x pyh masak..so bwk la pi mkn mana2..jalan2 smbil menikmati dunia luar tu...selama ni asik bergelumang dlm umh/ mesyuarat tingkap je..bg la dia pki lawa2 skit..biar otak dia fresh skit ;)

Thn ni labour day x besh bg aku sbbnya jatuh pd hr sabtu. so x ada la public holiday. x beshnya la rasakan..klu la dpt hari isnin/jumaat ke..mst dpt cuti 3hari :) leh la aku bergelumang ngan si cekci comei tu.

So..tuk sume pekerja2 di Malaysia ni..bsk adalah Hari Pekerja. Selamat hari Pekerja korang..hope korang2 menjlnkan tugas dgn jujur..jgn men fb ngan forum je tau..hakhak..

"tp bosh, klu bosh x masuk opis..bosh x bg keje..x kan sy nk melangguk..dh tentu la sy cr alternatif lain..hihihi..maap boshhh!!"

Thursday, April 29, 2010

Penawar kepenatan

Aku dpt dr emel aku n aku rasa patut di share tuk all mommies n kwn2 sume.
sharing is caring..wah!! gitu..hehehe..

Bagi mengatasi kepenatan melak sa nakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri ke sa yangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang ke sakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak ke sayangannya itu.

Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berteru sa n) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyele sa ikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. "Sebarkanlah ajaranku walau sa tu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa -do sa mu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah Mendapat kemenangan yang besar.

Wednesday, April 28, 2010

Penangan Lelaki Psiko!!!

korang tgk x adamaya? ha..sti sakit ati kan ngan lelaki psiko yg x reti2 bahasa tu..Dani ngan lelaki muka x leh blah tu..aku x ingt nama dia..x suka dia..

ex awek masing2 dh bahagia ngan suami n anak..dh lbih 5years pun tp lelaki2 psiko ni ttp jugak kejar..jd mcm paparazi lak..setiap ari nk follow je ex-awek ni. eeeee...rimasla. aku phm mcm mana perasaan Maya n Syaz ni..setiap ari di ganggu oleh ex boypren yg aku rasa2 mmg psiko la. knp aku leh phm perasaan diorg ni? sbb aku pun penah BERKAWAN ngan lelaki psiko oke! bila tgk citer adamaya ni je aku teringat ngan dia..omg..shit!!

Kes yg aku alami ni lebih kurang mcm tu la..tp x la kritikal lg kot. sbb smpi skang ni dia x dpt nk kesan aku. tp klu dia dpt kesan aku, maybe kes yg sama terjd kat aku jugak kot. Kes ni pun dh jd sejarah..4thn lbih dah berlalu. tp kesan nye aku ingat sgt2..

ntry kali ni maybe panjang dr yg biasa..so klu nk baca jgn muntah darah oke.

kisah ni berlaku ms aku g hari sukan adik aku..ms tu aku ikt mak aku. ms tu jugak la cikgu tu bg no henfon dia kat aku melalui ank murid dia..pas baton la ni. opsss..lupa pulak nk bgtau. si psiko ni adalah seorang pendidik..huh! harap2 1 day ank aku x akan bergurukan dgn cikgu psiko ni la..

Dan disebabkan ms tu aku telah melalui saat2 kesedihan di dalam percintaan..so sume org yg nk kawan dgn aku..aku welcome..hhahaha..n dia salah 1 dr kwan2 aku.

kitorang bersms...berborak..keluar but bkn dating tau. klu dating ber2..tp kami selalu ramai2.

ms tu ok lg..aku x dpt kesan lg thp kepsikoan dia..bila dh dlm 2bln tu..dia mula bercerita yg bukan2! dia kata dia tu gay..skang ni thp nk berubah. so aku no hal la..aku leh je terima dia as my fren tp rupanya dia sudah salah erti. bg dia..klu sekali aku dh keluar dgn dia, maknanya kami dh bercouple. bodo yg amat mamat KG ni.. hahhahhaa..KG stand for kampung..dia mai dr kelantan. and LELAKI from kelantan mmg aku x alu2 kan tk jd asben aku..tp klu ditakdirkan aku kene terima la ketentuan tu kan..but now i dh bersuamikan org selangor. hahhahhaa..

Dia penah jugak menuduh aku ni lesbo..setan budak ni!! aku ni nmpk cam lesbo ke? reason yg dia bg sbbnya aku dtg dr sekolah perempuan..so budak2 tu sume Lesbo..so lesbo ngan gay leh la insap..bodo piangla dia. aku menidak kan nye..aku x mcm tu..mmg rmi kwn2 aku lesbo..tp aku bkn begitu..aku tertarik kepada lelaki normal ok. n yg x leh blah dia jugak mengatakan perempuan yg ddk kat bandar ni sumenya x virgin. Woooo..anda sudah melebih..mmg dtg dr ULU la..lantak la dia nk ckp apa..janji aku ngan family aku tau aku mcm mana.aku bkn gadis yg liar..aku jugak x teringin nk pegi disko ..clubbing2 bagai walaupun aku dibesarkan dlm bandar batu ni.

aku masih berkawan lg dgn dia..n smpila ke thp yg aku rasa dia mmg sah psiko. bila dia call aku..aku x angkat. mmg aku x angkat sbb aku x suka. dia suka tuduh aku mcm2. penah dia call aku..dia kata nmpk kete aku kat tp jln..aku dgn lelaki dlm tu. aku kat umh oke..tp dia x caya..mrh2 aku..aku tegakkan kebenaran aku pun still sama..dia ttp x mo kalah..last2 aku terpksa mengaku ..Ya! sy dgn lelaki kat dlm kereta tu. br dia puas ati..br dia ltk phone. klu x mengaku selagi tu la dia menyalak2. Macam2 lgla yg dia buat tp aku mls nk ingtkan..tkt berdarah blk ati aku ni..

klu dia x dpt call aku..dia akan call umh aku, call henfon mak aku (dia dpt no sbb aku penah guna no mak aku tuk sms dia) hbs 1 family aku di kacau. dia akan call..cal..cal..tnp henti.. sp x sakit ati.
hbs sume sedara mara aku tau yg aku di kejar oleh org psiko..sbbnya..bila aku/mak aku kat umh sedara aku..call dia lak masuk..kitorang wat x tau je tp dia ttp keep calling..so rimasss..lemasss..
ms ni aku rasa tension yg hamat..tido mlm pun x lena..tipon berdering2..phone umh jgn ckp la..tgh2 mlm..pagi..dering2..smpikan ayh aku ngamuk2 marah aku. ms ni aku nk report je polis tp atas reason apa? smpikan 1 tahap yg aku jd phobia bila dengar deringan telephone..berpeluh2 tau korang..ni btl2 ..aku x tipu. aku rasa tkt sgt bila dgr..

dia jugak penah ugut aku. dia kata b4 ni dia ngan 'makwe' gay dia tu penah gak gado..dia penah pecahkan cermin kete. so dia kata dia tau kete aku yg mana..kat mana..jaga2. adus! 1 lg problem..aku mcm gila bila berkwn ngan org gila. Ms raya dia penah terjah je umh aku..beraya la konon2nya..ms tu dia bt drama. aku x bg dia msk..mak aku bg msk sbb tkt dia memekak kat luar umh. nanti jiran2 tau. bila msk dia buat drama air mata kat mak ayah aku. dia nangis2 dpn diorg..ms ni aku dh lari msk bilik..tp ayh aku suh kuar gak..jmp dia sbb ayh aku x mo kene cop yg dia x pndai jaga ank. sbb tu ank kurang hajar. dan disebabkan tu..aku turut kehendak ayah.
bila jmp budak tu..dia buat drama..merayu2 kata x kan buat mcm tu lg..sayang kat aku konon..sume citer yg dia bgtau kat aku tu rekaan semata2..tp aku tau dia psiko. aku x tau nk citer mcm mana lg..tp mmg Psiko la! aku smpi nk tendang dia tau ms dia merayu2 tu..aku cam histeria. nasib dia blah cpt. Lps tu ayh aku decide jgn layan..dia mmg x btl.

dia penah call bgtau aku yg dia jmp bomoh..bomoh tu kata sbnrnya aku syg kat dia. adusssss...
knp la ko gilaaaaaaa..tp bila dgr psl bomoh..aku tkt..aku takut kene buatan ..tup2 tersyok kat dia plak. tp nsbla dia x ada gmbr aku 1 pun. dia penah bg henfon kat adik aku, suh ambkkan gmbr aku. apa aku buat?? aku ambk gmbr beruk..babi..ayam..kucing..pastu aku suh adk aku pulang blk. ngengenge...jgn harap la nk gmbr aku. walaupun aku x penah angkat phone ngan reply msg dia..dia ttp buat benda yg sama je..tiap2 ari mst sms..ni lah antara sms2 geli dia..wekkk..nk muntoh aku

"sy tau awk mst baca sms sy ni..sy nk pegi sekolah dah ni"

"Apa slh saya dkt awak? sy mintak maaf..sy sayang kan awak"

"Bila tgk muka adik awak syapiq tu, sy teringat muka awak la..rasa nk cium2 dia"

wakkkkkkkkkk luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... sms dia still lg sy smpn walaupun x guna lg phone tu. mana tau leh jd bhn bukti ke..hehhehe..

aku jugak penah call akak dia..bgtau yg dia ni duk kacau je idup aku..tp akak dia pun sama. 2x5..so x pyhla aku nk ckp dgn org2 mcm ni. Tp aku penah ugut nk bgtau mak dia..psiko ni takuttt..tolong jgn kacau family saya! tau pun...yg ko kacau family aku bt apa???

lps kejadian tu aku pindah umh..tukar phone.. dia x dpt kesan kitorang..tp aku ttp melalui jln umh lama tu nk ke tmpt keje..no choice..dan setiap pg tu jugak la dia nmpk kete aku je mst dia kejar aku ngan moto. aku start tensennnn..bila aku dh kawin..dia tetap mcm tu jgk..last2 laki aku suh aku pki kete dia..so dgn cara ini si Psiko tu x dpt la nk kacau aku.

Skang ni sy bebas drpd lelaki Psiko. *Sayang tinggi mcm mana pun klu anda asik kacau idup org yg anda sayangi pun x guna. dia hakmilik org..so lepaskan la..dgn cara tu dua2 leh idup bahagia. x pyh nk jd paparazi/mamarazi ye..


*sy tidak pandai bermadah..berjiwang..so ampunkan la ye

Friday, April 23, 2010

Secretaries' Week -Thanks 2 My luvly Bos

Happy Secretaries week uolsss!!

Smlm bos dh book kan table tuk 6 org sexytaries dia...sexy ke? hahhaha..

tp yg penting kami2 sume dihargaila.. last year aku x dpt nk attend sbb tgh mabuk2..so x der mood la nk bergedix2..muka pun ala2 x siap..so malus la nk jmp sexytary.

So dis year aku munculkan diri kembali..tp kali ni x ada artis la..last year Datuk Siti . But i wish to see Agnes tp ada ke diorg nk layan aku sbb aku yg paling muda...diorg nk ke bergedix2 ngan Agnes? That's whyla yesterday aku tercampak kat Equatorial Hotel.

Programme kat Equatorial hotel ok la bg aku..walaupun x ada retis tp ttp enjoy. Door gift kali ni dpt pearl earing n 1 bag penuh dgn bhn makanan, voucher n bunga rose sekuntum. Disebabkan aku x pakai earing so aku sedekahkan dkt adik aku. my mom x mo earing tu..katanya kocik sangat. Our table is 19 but x lucky la..x menang pun table tu. klu x dpt la g spa 60minutes.

Pas tu apa lagi..makan ..makan..mkan..menu kali ni Japanese fud..i never try it b4 but dis time terpksa ma..but i like Sashimi - butter fish n oyster d best..kasik perah ngan lemon..buh tobasco skit..PErh! terangkat sambil2 tgk fashion show from designer Nila Palacios. Dia ni from venuzuela..ada sorang model tu aku sangat suka..walaupun itam legam..nige la katakan..rambut pendek ala2 botak tp dia yg paling menyerlah sbbnya dia asik pki baju kaler terang2..kuning n merah..hakhak..lgpun dia pndai buat gaya..ala2 manja gatal u..but she so friendly :)

lps fashion show ada comedy lak..mmg kelakar hbs yg amat..enjoy. gelak smpi sakit2 mulut u. nsb leh ttp mulut ni..facebook menjd isu hangat pelawak2 tu. sambil2 tu kitorang lyn mkn lagi..Dessert time :) macam2 ada..tp yg paling menjadi kegemaran aku ialah strawberi ngan marshmallow celup coklat ..mmg TERbaikkkkk la..

Jeng..jeng..saat yg di nanti2 ..Grand Prize ke Ho Chi Minh. dup dap la jantung ni..ingtkan mengena..upanya x kene lak. Adussss!! bkn kan ke Ho Chi Minh..ke Equatorial Cameron ngan Penang pun x dpt jugak. Dah x ada rezeki namanya tu..Sila cuba lg tuk next year..hahhaa.. hope next year bos belanja saya ke tempat yg lagi best n enjoy ye boss..klu ada celion dion lg bagus..WAh!!!! demand seyhhhhh


Inilah antara yg ada dlm paper bag :)


Penjagaan diri n Pearl earing yg chomei


Voucher2


Shorthand book n resepi..nmpk sgt suh aku msk



yg paling akhir skali..makanan..mcm2 ado..lehla ltk dlm laci in case x dpt kuar lunch. pndai btl org yg sponsor ni yek..

Thursday, April 22, 2010

8Month

today Rissa 8month!!

kejap dh besar ank ibu ni ye :)

rasanya mcm baru je lg duk dlm perut ibu ni..gerak2..tendang2..keras2kan bdn.

smpi senget2 perut ibu di kejekan rissa tau.

tapi ibu x kisah..sakit mcm mana pun..MC berlambak2 pun..bila tgk rissa berbaloila MC ibu tu...hikhik

Sepanjang mengandungkan Rissa ni, keadaan aku mmg sangatla teruk..
morning sicknes dkt nk 4bln..pastu org lain kene kaki bengkak..aku x kene.

tp aku kene lak Carpal Tunnel Syndrome. Jari2 membengkak..yg bengkak lak jari telunjuk, jari hantu n ibu jari..nk angkat tgn pun x boleh..nk pki baju pun x boleh, asben la yg byk bantu aku. lepas tu tgn berdenyut2 je, tgh mlm aku x dpt nk tido. ubt aku mkn..rendam tgn dlm air panas+garam pun selalu. lps buat tu legala rasanya tgn ni.

mengikut kata dr. penykt tu disebabkan garam yg berkumpul kat tgn aku..huhu..mcm2 la.
sepanjang tu aku asik MC n EL aje la..tu blum lg yg contraction aku lak. aku rasa braxton hicks ni awal, ms 7bln dh kerap dtg..smpikan nk pegi keje x boleh la. asik2 Mc lg..hikhik
dr. meramalkan yg aku bersalin awal sbb ank dh n-gage awal. tp smpi kesudah..x bersalin2 jugak. cuma contraction je kuat.

Tu blum lg start 5 bln aku tido dlm keadaan ddk..sbb aku x leh nk tido dgn btl. Si Rissa lak klu mlm2 lg aktif..berpusing2..menendang2..br nk tido..aku tersentak. tido x penah la ckp until now..

Tp bila dh bersalin..dh tgk ank dpn mata..sume tu x kisah la & yg paling aku rasa beruntung sbb aku mudah bersalin n dpt ank pun yg senang di jaga. Maybe ni la ganjaran tuk aku sbb sepanjang aku bersalin mcm2 dugaan aku rasa..mcm2 sakit jugak aku dpt. Syukur sangat2..Amin.



shayelah budak shomey yg dh msk 8bln ni :)

Tuesday, April 20, 2010

Dugaan 7month-Demam Campak

Campak! erm..mst all mommies risau kan klu ank kita kene dmm campak ni. Kalau dh kene ms ank dh boleh ckp..boleh la dia ckp kat mana yg sakit..kita boleh la tau. Tapi kalau kene cam si Rissa ni..sakit..tp nk ckp x reti. yg dia reti nangis je la manjang..sian aku tgk dia.



Setelah demam dia on of selama beberapa minggu..akhirnya terjwb la persoalan..knpla dia dmm x kebah2..rupanya si Campak nk keluar. Erm..bertambah2 la EL aku tuk awal thn ni. rekod buruk seyh..tp nk buat mcm mana..tuk si Rissa..ibu El je la. Kesian tgk dia melekap je kat bdn aku..melepek je..bibir merah..mata berair..bdn penuh merah2..kdg2 cirit pulak..dgn demam pns lagi..kesian tgk dia..neway..aku nk bg la bahan bacaan tuk ibu2 yg balak menghadapi saat2 mcm ni :) dun worry kay ...yg penting pi la cari daun bambu tu.


CAMPAK

Campak ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus campak. Penyakit ini bermula dengan tanda-tanda selesema, batuk dan mata merah. Anak akan demam dan disusuli dengan timbulnya ruam merah. Ruam ini bermula di muka dan leher selepas 4 hari anak demam dan seterusnya keseluruh badan. Ruam ini berterusan sehingga seminggu. Campak adalah jangkitan kanak-kanak yang selalunya tiada kesan sampingan. Ia merupakan salah satu daripada penyakit kanak-kanak yang boleh dicegah dengan suntikan pelalian campak. Pelalian ini diberi ketika anak berumur 9 bulan.

Tanda-Tanda

*Selsema, mata merah dan berair pada permulaan penyakit
*Batuk dan demam
*Ruam merah di muka dan merebak ke seluruh badan
Tindakan Ibubapa

*Beri ubat paracetamol jika anak demam
*Beri anak minum secukupnya
*Jangan hantar anak ke sekolah
*Sapukan losyen calamine untuk mengurangkan kegatalan

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila

*Tanda-tanda campak dikenal pasti
*Kadar pernafasan anak melebihi 40 kali seminit
*Batuk yang berpanjangan
*Demam yang tidak reda sesudah diberi ubat
*Anak tidak makan dan minum secukupnya
*Anak kelihatan letih lesu, terlalu mengantuk atau muntah-muntah
*Anak sawan



Komen : Anak yang menghidap campak boleh menjangkitkan orang lain sehari sebelum permulaan tanda pertama sehingga 4 hari selepas ruam timbul. Komplikasi-komplikasi campak termasuk pneumonia, jangkitan telinga dan sawan. Semua komplikasi campak boleh dielakkan dengan suntikan pelalian campak.

Penyakit beruam lain seperti roseola, rubela dan penyakit virus lain sukar dibezakan daripada campak. Dalam istilah Bahasa Melayu, perkataan campak merangkumi semua penyakit yang beruam ini.

info from dis web

Saturday, April 17, 2010

x der koje cari koje..


erm...x yah gado2 dah ank aku ikut muka daddy ke mummy kan..ahaks. Nmpk ke? tecik sgt kan? puas aku cr coding dia..x mo kuar lak..last2 aku save jek..hikhik..

di sebabkan arini x ada koje..aku pun berjalan2 la dlm blog org..duk baca kisah2 idup mereka2 ini..dan tetiba nk jugak la try test meter ni..x tau la keberkesanan nyer kan....tp result dia ok lorrr... hehhehee..

test ni aku dpt drpd menjenguk kat blog Alynn. dia pun try gak benda ni..hikhikhik. Tp result alyn ni berbeza dr aku..si Danish ikut alyn. Tp mmg ia pun..danish byk ikut muka alyn :)

so...korang2 yg nk gak test benda ni.sila2 la jenguk ke Look-alike meter

Tuesday, April 13, 2010

Good info 4 Us

Fakta Ringkas

Terlalu banyak minuman kafein boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggi risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun Anda masih boleh meminum minuman berkafeina satu cawan sehari semasa mengandung.


arini x mo citer apa2 sbb x ada mood nk citer..PMS huhu.. so ni i letakkan fakta menarik yg perlu kita ingatkan bila anda, sy or rakan2 prmpn anda peknen. Fakta ini akan aku ingt bila aku peknen tuk 2nd baby..almaklumla aku ni pengemar kafein.

Ms peknen Rissa aku mmg gila2 mnm teh tarik, nescafe n cofee..nsbla x jd pape kat kandungan aku ni. Tiap2 kali nk mkn mst nk order kafein ni..tp nsbla aku dpt kawal pengambilan tu dgn meminum segelas sehari jek..puas aku thn tau..9bln lak tu..huhu..

ada jugak yg aku dgr klu ambk kafein ni berlebihan..ank yg bakal lahir ni akan jd hyperaktif..wallahuallam..

Wednesday, April 7, 2010

Rissa kembali aktiff :)

Alhamdulillah..tu je perkataan yg dpt aku lafazkan. Lega rasanya bila tgk Rissa dh kembali aktif mcm selalu. x adala dia melepek2..merengek2..terbaring atas tilam aje. Sekarang ni dia dh aktif, mulut bising..pastu x reti duk diam..aku rela dia mcm ni drpd dia duk diam terbaring melepek je.
1/4-rissa demam..aku bwk pegi ke Pusrawi n doctor cakap dia ni alergik tang idung. very sensitif. doc kata klu la aku x jaga dia btl2..boleh dpt asma nanti. Part ni la yg aku paling tkt sekali..klu boleh nk elakkan la sbb aku x sanggup tgk dia kene asma..sian kat dia. lgpun side hubby aku ada penyakit ni so kemungkinan besar rissa leh terkena jugak. So start from today aku kene pastikan beberapa perkara ni:-

Benda yg perlu di elakkan oleh Rissa :-

1. Karpet- i luv carpet tp nk buat mcm mana..rissa ngan my hubby x boleh guna carpet lgsung. nanti diorg jatuh sakit lak..huhu..terpksala korbankan.

2. Bulu kucing- aku pencinta kucing2..nasibla kucing2 aku sume dh bg org. klu x mst aku lg sedih nk tinggalkan Coco ngan Pretty.

3. Tmpt2 crowded+blk kampung-Rissa x boleh ke tmpt2 yg crowded..huhu..ibu suka jalan2..camner nk bwk Icha nanti??? ibu kene make sure tmpt yg kita pegi tu x ada org laling..ada ke tmpt x ada org?? hakhak..x dpt ibu shoping2 selalu tau..pasni kene duk umh la.

4. Tempat2 Kepam-hakhak..yg bau busuk..kepam..habuk tu sume x boleh. ni boleh menyebabkan dia demam blk.

5. LAT-3 buah2an ni Rissa kene elakkan drpd makan.. Limau, Anggur n Tembikan.

Hr ni Dr. Ruzini bekalkan Rissa dgn ubt demam n batuk..macam biasala kan..tp ada penambahan 1 ubt iaitu bakteria baik..kekkeeke..prolactor. Rissa kene kwn dgn dia tau sbb dia ni bakteria yg baikkk..pasni bolehla kuat n sihat





ni la dia bakteria baikk..:)

4/4-Malam td bdn rissa lg panas..pastu dia terkejut2 ajer. dia melepek lagi..menangis. dh bg mkn ubt tp demam x surut pun. nk pi Pusrawi ahad klinik x bukak so aku pegi je klinik family. B4 pegi tu bdn dia keluar merah2..dr mka smpila ke bdn..aku takut denggi je..tp mak aku kata tu campak keladi..x tau la..tp nk confirmkan yg tu bkn denggi aku g gak kinik..Dr. sahkan rissa kene demam campak pulak..adus..dugaan btl la ank ibu ni.

Bermulala pencarian tuk air kelapa ngan daun bambu. dh la aku x kenal daun bambu tu mcm mana..dia seakan2 daun belimbing buluh..tu yg confius tu..hakhak..tp ms tgh cari2..ada jmp 1 uncle india tu...tny dia kat mana ada daun bambu..nsbla dia tu baik orgnya..dia la yg tunjukkan umh kwn dia..dptla aku memilik daun bambu tu.

7/4-Arini Rissa dh ok :) dh aktif balk mcm biasa. Campak tu cuma ada kat kaki jek..kat muka dgn bdn tinggal skit2 je..lega rasanya sume ni nk berakhir dah. Aku pun dh boleh start keje blk. Harap2 rissa x kenala demam lagi. Kuatla Rissa mcm sblm Rissa 7bln tu ye..kene injection pun rissa x penah kene demam :)


Friday, April 2, 2010

Hati aku Yang RunSing

Ari ni x ada mood
Ari ni aku tension
Ari ni aku runsing
Ari ni aku blur
Arini aku sendu
Arini dlm ati ada tamannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

knp aku mcm ni?

Rissa dmm lagi la..badan panas cam cerek panas. sian tgk dia.
Time April fool lak dia nk dmm..ibu baru nk wat April fool kat rissa...hehhehehe..
aishhh!!! sob..sob..nk nangis g..td mama aku call kata bdn panas g walaupun dh mkn ubt..suhu dia 39 lak..aku lemah..rasa nk pengsan lak dgr apa mak aku ckp tu.

Mengiku doc yg rawat rissa tu..katanya dmm dia ni berpunca dgn allergic kat idung dia tu. Nanti la aku story mory the details..ari ni mood ke laut..x ada mood nk story..tp ari ni lebih kepada meluahkan isi hati yg kucar kacir..adiosssssssssssssss