LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Friday, December 31, 2010

inilah hadiah TERBAIK untk 2010

nak tau sp yg dpt hadiah ni?
mst la si arissa aka msgegirl ni.
hadiah sempena tahun 2010 ni..mmg TERBAIK la hadiah yg dia dpt ni.
hadiah ni x tau la sp yg bg sebenarnya..samada dia yg ambk dulu ataupun dia terima drpd Mak ngah dia. tp aku tau mst rissa yg capai dulu hadiah ni sbbnya rissa mmg x reti duk diam kan? so ni la ibu rasa hadiah untk budak yg x reti duk diam. nk tgk apa hadiah yg dia dpt tak?


jeng...jeng..jengggg


ni la dia hadiah TERBAIK thn 2010 ni

korang rasa leh teka x kene apa ni? air panas? kudis smpi melepuh? ataupun kene iron?
yeee..kene iron tp bkn di dera oleh nenek ataupun Mak Ngah nye ye. ni hadiah drpada perbuatan sendiri. Rissa..rissa..aku x tau nk ckp apa dh. x kan nk marah mak ngn adik aku kan. sah2 bkn salah diorg tp ye..kecuaian adik aku la..dia br pas iron bj..letak bwh. baru sangat2 tau. tup2 rissa dtg snyp2 tanpa disedari oleh dia. huarrrrrr!!!!! nangis sudah budak ni tp sekejap je tau. mmg terror rissa oiii.

trs nenek ltk gel gamat..tp ttp mengelembung. nk buat camne ye? sian tgk ank aku ni. mlm td dia terjerit2 mengelupuh. pedih rasanyaa..aku kene iron pun x tahan. inikan ank aku. hailaaa..tu la ..ni la kesan drpd x reti duduk diam rissa. sume benda awk nk main sume benda awk nk touch. sudahnya iron dh touch kaki awk. nk pki kasut pun x boleh kan? ibu tau rissa x pandai bezakan mana bahaya mana x. ibu x salah kan rissa jugak. x pe la..pasni ibu buh ubt lg ye. nanti klu ada kesan dh x chantik tau..buruks. nsb kene situ..klu kene muka??x comel dh ank ibu ni.

Thursday, December 30, 2010

Congrats to HARIMAU MALAYA

eh..mcm manala aku leh terjebak dlm dunia sukan terutama "bola" ni?

ha..ni la yg dikatakan semangat kenegaraan..walaupun aku x minat bola tp demi negara tercinta ni aku layan n sokong tau harimau malaya..dh la sume ensem2..kikikiki..
ye penting sok CUTI..our PM dh istiharkan sok cuti umum..yeeehaa..leh berjimba.
syabas MALAYSIA..syabas HARIMAU MALAYA..dh femes ni jgn lupa diri tau!!

tahniah malaysia,rajagopal & sume player
xpecially keeper yg ala2 korea..bermata sepet..i loikee (fahmi) yg jd wira mlm td...
p'mulaan yg baik utk sukan bola m'sia...
"MALAYSIA BOLEH"



muntah darah klu laki aku tau aku sukak budak ni

Wednesday, December 29, 2010

Cara tido yg berkualiti






disebabkan ini la aku rasa x boleh nk ddk diam. ibu kene buat research dgn pakcik gugel jugak n byk jugak info2 yg aku dpt. jom kita baca. sharing is caring ;)

**Tidurkan waktu dia mengantuk

Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

Cahaya mentari sebagai loceng

Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.

Persekitaran tidur selesa

Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

Persekitaran yang selamat

Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

Ajar anak cara tidurkan dirinya

Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.

Tetapkan rutin tidur

Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.

Jangan abaikan tidur petang

Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.

Makanan yang betul

Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan ‘kuasa’ berpanjangan.

Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.

Aktiviti fizikal penggalak tidur

Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.

Gangguan teknologi

Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.

**Dipetik daripada buku Sleep Solutions For Your Baby, Toddler and Preschooler oleh Ann Douglas.

Tuesday, December 28, 2010

bila kebosanan melanda

4hr menjelma la 2011. apa azam korang?
klu yg azam hangat2 taik ayam je tu baik x yah ada azam la ye. membazir waktu. kekkeke.
azam aku untk 2011 ni byk..aku nk upgradekan lg amal ibadah aku, x mo mc2, nk kurangkan perbelanjaan yg mengarut2 ni n rasa2nya nk ank lagi (tp yg ni boleh berubah2..jap nk jap x nk) wah..byknyer azam aku. harap2 aku kuatla mencapai target2 ni.

sbrnya ada lg azam2 aku tp aku rasa tu mengarut kot..kikiki. so bek simpan diam2 ye.
papepun arini aku mood kucar kacir. br pukul 9lbh aku dh di landa kebosanan. server lak cam hareemm. nk baca blog pun slow je jah. apala nsb aku arini. nk tunggu ke pukul 5.30 hazabbb tau.

Wednesday, December 22, 2010

Happy 16months Ms gegirl


horeyyy!! 2 bln lg sy nk sethn setgh. pic ni ambk pkl 630pg..freshh tau. rissa br bgn tido..eee..nmpk pushattt


Alhamdulillah...meningkat lg 1 bln dak bushuk aku ni.
ari ni dh 16bln dia..erm..makin bijak..makin noty..makin keletah.
gg pun total dh ada 10..coming soon 2 lg geraham bwh. geraham ats settle dh tumbuh dgn jayanya. 1 kisah tentang rissa ni..gg dia tumbuh berpasang2. stkt ni x ada pun gg yg tumbuh single lg. pasni leh la ggit kaki ibu lg yek..

apa lg nk story tentang rissa? klu nk citer jenuh ibu type tau.
ni ibu buat pun nk isi masa ibu..10mnt lg nk blk..kekekkeke.
okla..nk citer jugak la..sekarang ni rissa rajin sgt2..rajin sepah kan umh. kkdg2 rajin gak kemas umh. pandai dh menyapu dan pandai jugak buang pampers dia dlm tong sampah. ksg2 sume benda dia buang dlm tong sampah. stkt ni ibu dpt kesan botol susu ipat ngn roti ibu rissa buang dlm tu kan??? notyy tauuuuu...

chayangggg bushuk2 rissa..muaxx..

Friday, December 10, 2010

Hye Chinta Ati

Pagi ni ibu sibukla..x dpt nk call rissa.
ibu rindu bangat ngn icha tau..geraaaammm..x puas nk cium pipi tu.
nsb bsk wiken..kita leh together2 golek2 ats katil
this week ayah keje..so icha behave ye. duk ngn ibu baik2 tau.

ibu x sabar n tunggu 5.30..rindu bangatttttttttt sama aimy arissa ni..muah..muah..

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah untuk semua kaum islam di dunia ini ;) yeayyyy..bsk kita coteyyy

sambut2 jugak tapi rasa2nya ingt x knp ada sambutan Maal Hijrah ni?
meh aku bgtau korang sbb takut2 ada yg ilang ingatan je.

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

ha..dh tau kan sbb apa? Hijrah ni bwk byk maksud..tp harap2 penghijrahan yg berlaku tu penghijrahan dr yg x brp nk baik ke benda yg baik. jangan terbalik sudah la ye.

Thursday, December 2, 2010

Mari menconteng



Jangan tgk apa yg rissa menulis sbb hasillnya adalah karya yg sukar untk di fahami oleh kita.
Gambar ini cuma nk menceritakan ini adalah salah 1 cara untk bg rissa ni ddk setempat ataupun diam.

Ya! dgn bg board ni dkt dia, dia akan ke dunia dia sahaja. so klu nk buat apa pun boleh la. tp awas! x smpi pun 1 jam tau..sobsob..

bg yg berminat untk dapatkan board ni..silalah ke pasar2 yg berdekatan kerana ianya murah. hihihihi..5hengget sajor..bsr lak tu. ni board ke 2 aku beli selepas board pertama menemui ajal. board pertama beli dkt JJ..kecik je dr yg ni tp mhl..15hennget. klu nk beli brand FP pun ada ;) rege dlm 20lbh tu pun bsr size tapak tgn aku. klu yg bsr punya dlm 100++. anda pentingkan brand? silala dptkannya..kekkekeke.

Wednesday, December 1, 2010

50% off..lai..lai..

Jangan ingat baju bajan je ada sale..saman trafic pun ada % tau..hikhikhik.
tp yg x bestnya 50% tu untk saman after 1st dec 2010..kene byr dlm masa 15hr dr tarikh saman tu. Dah tu..saman2 lama aku ni macam mana datuk? ala..la..la..la..tok..tolong jangan saman..

Kompaun munasabah saman trafik mulai hari ini

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Polis akan menawarkan kadar kompaun munasabah bagi semua saman trafik mengikut beberapa syarat yang ditetapkan mulai esok.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook miliknya hari ini menyebut semua saman dikeluarkan pada atau sebelum hari ini, kadar munasabah akan diberikan secara automasi melalui semua kaedah bayaran iaitu kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.

Jelasnya lagi, kaedah bayaran sama turut digunakan bagi semua saman yang dikeluarkan selepas itu.

Katanya, saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50 peratus daripada kadar kompaun sebenar.

"Saman yang diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari pula akan diberikan insentif 30 peratus daripada kadar kompaun sebenar.

"Saman yang tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari, tidak akan diberikan sebarang insentif dan seterusnya akan disenarai hitam," menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara tersebut boleh menghubungi mana-mana Pegawai Trafik Daerah, Kontinjen atau Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seperti disenarai dalam Ruangan Maklumat Trafik yang terdapat di laman web www.rmp. gov.my.

Tuesday, November 30, 2010

ini aktiviti harian saya


iyahh..jom kita panjat kawan2.. alamak! nmpk cependa la ;p


yeay...sy tinggi. jom tekan2 tv nenek ni. ..

Monday, November 29, 2010

Panduan Pemakanan Anak Kita

Masa ank umur 1thn ke bawah aku pening nk msk kan bubur untk rissa. x tau apa menu dh nk buat untk dia. bila dh msk 1thn ke ats ni aku pun pening gak. kali ni pening lain plak sbb ank aku mkn main2. nk suap sendiri. yg masuk dlm mulut skit je berbanding yg jatuh kat peha dia. hish! mmg mencabar la klu nk suapkan dia mkn. smpi bergaduh rebut sudu ngn mangkuk tau. Di sebabkan itu la aku pun mengugel la dlm erti kata lain mencari info tuk menenangkan diri aku sendiri. akhirnya ketemula info2 yg boleh aku terima pakai n tuk di kongsikan to all mommies somel2 ;)

Pada usia mereka dalam lingkungan satu tahun, biasanya selera makan anak-anak akan menurun. Kekurangan selera makan ini kerap kali merisaukan ibu bapa.

Ini ada sedikit tips yg aku dpt drpd mengugel td. info drpd Pa&Ma Mac 2009. Jomla kita mencuba ye :-

APA YG PERLU DILAKUKAN

a. Makan Sendiri
kita perlu bg peluang dkt ank2 kita tuk makan & suap sendiri walaupun kdg2 tu yg msk dlm mulut skit je berbanding yg jatuh ke bawah. Mmg kadang2 aku mls nk layan si rissa klu dia nk bersuap sendiri sbbnya 1 je. MALAS NK KEMAS. ha..ni la sbbnya. dh tu lmbt pulak dia makan. sbb kita kene awasi dia, jgn tinggalkan sorang2 sbb takut kes tercekik. nk x nk biarkan la dia bljr makan sendiri. Apa yg selalu aku buat, aku alaskan newspaper kat tmpt dia ddk tu. so x la bersepah dekat lantai.

b. Warna-warni
haaa..warna memainkan peranan jugak dlm teknik ni sbbnya ank kita mudah tertarik dengan colour2. So apa lg..belikan la dia mangkuk, sudu, garfu, cawan yg berwarna warni ye. x lupa jugak kita kene gunakan creativity yg kita ada dlm penyediaan makanan diorg ni. tambahla buah2, sayur2 yg mcm2 kaler.

c. Menu yg lebih kurang sama
Bayi yang berumur 10 bulan ke bawah mempunyai makanannya sendiri. Jika dia makan semeja dengan ahli keluarga yang lain, pastikan warna makanannya sama seperti warna makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang lebih dewasa. Ini untuk mengelakkan dia keliru sehingga membantutkan selera makan. Tanggapan: dia tidak boleh makan apa yang orang lain boleh makan

d. Tukar menu setiap hari
ibu2 kene pandai mempelbagaikan menu ye. sdgkan kita pun mkn benda yg sama dh naik boring. inikan ank kita. so buatla menu lain2..rajin2la cari menu ye ;)

e. Hanya ketika lapar.
JANGAN bg ank mkn selepas dia mnm susu. Kalau perut dh full mcm mana dia nk mkn. itu yg jadi kes mkn 2 3 suap je. so make sure bg masa dia betul2 lapar.

f. Senang di pegang.
Bagi anak-anak yang masih kecik. bagi makanan jejari, sebagai contoh carrot yang dipotong panjang2, kacang, brocoli atau sebagainya dan ini akan mendorong anak gemar menyuap sendiri.

g. Beri pujian
Pandainya rissa makan..yeayy..tepuk tgn. mcm ni la selalu aku buat dkt rissa. kene puji dia lebih2 skit supaya dia suka. Lumrah manusia sukakan pujian..so marilah kita puji ank2 kita setiap ari.

JANGAN LAKUKAN

a. Memaksa ank
Jangan sesekali anda memaksa bayi atau anak anda makan pada makanan yang kurang digemarinya. Ingat sekiranya anda memaksa bayi anda makan, maka ia seolah-olah anda mendera si keci secara fizikal.

b. Minum susu time nk makan.
ha..jgn buat mcm ni ye. klu dh bg susu dl apala yg dia nk mkn. dh tentula perut kenyang.
kantung baby ni bukannyer besar

c. Hadkan kuantiti hidangan
Jangan bagi ank2 makan makanan secara berlebihan sbb takut nanti akan muntah.

dh tau apa yg perlu kita buatkan? so pasni aku nk try la masukkan menu dlm makanan rissa yg berwarna warni. mst rissa suka kan? ok..kat bwh ni ada aku letak skali time untk makan. kesian rissa..dia x ada tea pun..hihiihih.3-4 tu time dia tido. x pe la..lps ni ibu suh nenek bg biskut ye kat rissa. rissa suka biskut tiger kan? fruit puree rissa x suka.rissa mcm ibu..x suka mkn buah ;) tp ibu suka yogurt. aku x penah try pun bg yogurt dkt rissa. blk ni boleh la beli kat kedai mamak bwh ni. so bsk rissa boleh la ber hi- tea ngn nenek ;)

* Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner). Ini adalah contoh makanan yang sesuai:

1. Breakfast (7.30 -8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)

2. Lunch (11.30 - 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam

3. Tea (3 - 4 ptg): Fruits puree + yogurt

4. Dinner (6 - 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

ni ada resepi tuk baby 1year above. aku rasa sodap gak klu nk buat ni. ank aku x suka nasik..klu nk mkn pun dia kene ada kuah2/mkn bubur je. dh 1thn 3bln mkn bubur lg..

Pasta goreng

Bahan2
Pasta
Bawang + bawang putih + ikan bilis --> tumbuk
sebiji tomato + air sikit aje -->blendkan
ayam / daging / ikan atau apa2 aje daging atau seafood --> cincangkan
sayur2 (brocolli +carrot + sawi etc.. or apa2 sayur pun) -->potong kecik2

Method
1) rebus pasta sampai masak..
2) tumbuk bawang, bawang putih n ikan bilis sedikit
3) dalam kuali lain,tumiskan dgn sikit minyak sampai naik bau
4) masukkan tomato +air
5) masukkan daging , tunggu beberapa minit
6) masukkan sayur
7) tapis pasta dan masukkan pasta
kacau + masukkan garam secukup rasa
9) kalau nak tambah cheese utk kalsium pun boleh tambah , especially grated cheese..

* curik dr forum ye

Thursday, November 25, 2010

Sana sini SALE! tp aku pejamkan mata ;)

Toys



Time : 10am to 5pm

Location (Tel 012 602 2198 / 603 7785 7618)

GBS Marketing Sdn Bhd

No 7 Lorong Tandang B

Seksyen 51, Petaling Jaya

Selangor, Malaysia

(Near Nestle / Johnson & Johnson)

KIKO

Baby Kiko products

Time : 10am to 5pm

Location (Tel 603 8068 8888)

No 1 Jalan Industri PBP 13

Taman Industri Pusat Bandar Puchong

Puchong, Selangor

Tefal
( asik beli bj ank je..pi la beli kuali piuk belanga kat umh tu)



Location

Lot 2.01 Tingkat 2

The Atria Shopping Centre

Damansara Jaya

Petaling Jaya

Selangor, Malaysia

Monday, November 22, 2010

today is our day !


Apakah ini?


haaaaaa...today is the dayla kan.
today is ??? our 2nd wedding anniversary n rissa pun dh 15th months ;)

cptnyala ms berlalu..tup2 dh 2 thn aku kawin. gado bsr dh..merajuk dah..terasa daah..mcm2 asam garamla dh rasala sepanjang idup 2thn ni. cuma periuk belanga je belum terbang lg. setakat ni bantal je yg terbang.. rissa pun dh 15 bulan...bsr sudah ank dara aku ni. skang ni sume stage dia dh lepas..dh msk frasa nk bercakap dah pun. smlm dia dpt ckp ni da punyo..hahhaha..dia x phm pun apa dia ckp. dia tiru ckp ank yg mak aku ngasuh "ni saida punyo"

stkt ni ada la words yg terkeluar dr mulut dia aku dpt dgr dgn jelas mcm nek, ni, tata, a'a..tak a'u, yg sodihya dia x panggil aku ibu tp dia panggil aku abuuuuuuu..huarrrrrr. tp kdg2 dia panggil aku Intan. kekekkeke..ni mst sbb dia selalu dgr nenek dia panggil ibu dia mcm ni. jangan pangil ibu kakak dh la ye. nanti ibu perasan lak.

ok..berbalik psl anniversary ni..mlm td laki aku ajk mkn kat tmpt jaman2 kitorang dating smpila ke jaman sblm aku bersalin. tmpt ni ms kitorang dating tu baru lg bukak. ms ni x ramai lg org..staff dia pun hmpir sume la aku knl sbb selalu je lepaking kat situ. bukan 5 star pun..3 star pun x ada tau. memandang kan laki aku pun blk keje dlm 930mlm..aku gagahkan la jugak ikut dia ke sana sbb aku x msk so bsknya pun aku x keje. layankan ajela...dinner mlm td kat kunang2 je..hihihihi. dh lama x ke sini..last pegi ms tu tgh sarat ngandungkan rissa..byk perubahan dh ada kat sini. hrg makanan dia dh jd dabel berbanding ms jaman kitorang dating dl tp rasa ttp sama so no hal la nk mkn pun. dh di upgradekan menu..mcm2 ada. steamboat pun ada tauuuuuu. x mo ckp byk psl kunang2 ni sbb aku bkn di bayar pun.

apa2 pun thanks to my hubby. aku kira suweet la jugak sbb dia bwk aku mkn kat kedai yg byk kenangan tuk kitorang ni. aku sendiri x pikir nk mkn sini sbb aku nk ke 39 restaurant :( tp x pe yg paling penting dia janji x kan maki2/marah2 aku lg. Icha dgr x? ayh janji dpn Icha kan? klu ayh mungkir janji ibu sumpah dia tau. mulut ibu puaka ni! gmbr tiada ye tuk sambutan anni yg x seberapa ni sbb ku dh ngantuk..no mood nk bergmbr lgpun gmbr ku x santik..kene posing 1000 kali br jmp pose menarikk..larikkkkkkkkkkkk...kuikui.

wekkkk...happy 2nd wedding anniversary laling ;p

Thursday, November 4, 2010

i'm back !

yeay..today aku kembali ke opis.
today aku kembali sihat.
today aku kembali cargas.
today aku kembali apa ye? lapar? hakhakhak.

skang ni dh terasa lapar tp x tau nk mkn apa plak. takut2..makanan yg aku mkn tu x berasa kat lidah ni. x tau apala penyakit aku ni. x kan la dh ilang deria rasa kat lidah aku ni.erm..hope aku kembali sihatla..x mo migrain..x mo gastric..x mo rasa nk dmm..x mo sakit 1 bdn.x mo..x mo..x mo.
aku nk sihat sentiasa :) kesian kat gegirl klu aku x sht. dia main sorang2 je. sian sgt2..hukhuk

Monday, November 1, 2010

buah hati pengarang jantung saya!

Chakkk!!

Hari ni x tau nk tulih apa..selamat hari isnin je la. hakhak.
x mo la..busan la monday. arini x mo tulis sgt2la..nk ltk pic mcm2 my gegirl la ;)
klu rindu2 kat opis nanti leh la tgk dlm ni..almaklumla screen saver kat pc opis tu ada gmbr ladybird jek..busan tul aku tgk. knpla company aku x kasik ltk pic ank..klu kasik mst lg semangat nk buat keje..muhahaaa..

dah pandai soping budak tecik ni tau

nk order apa ni?

jangan muntah ye tgk! klu rasa2 x suka out ye..hahhaha. ni tuk tatapan mata saya sahaja :p

Sunday, October 31, 2010

@ Ice Room



menu @ ice room

pernah tgk dlm JJCM yg si serina tu pegi dkt ice room? walllah tgk dia makan eskem..mcm bestla sesgt. aku pun dh lama nk pegi sini tp baru je berkesempatan msk ke Ice Room ni. Setau aku byk jugak branch dia tp aku pegi dkt kajang sajo.

sy nk vote 3bintang jek..hakhak. x tau la org lain rasa mcm mana kan. tp bg saya yg x berapa nk menggemari makanan2 ni, 3 star je la aku bg. menu mmg mcm2 ado. Klu sapa nk belanja aku makan untung tau sbb x yah belikan aku 1 mangkuk tuk aku je sbb gerenti x habis punyala. tuk org mcm aku ni 1 mangkuk tu leh kongsi 2 org. apa2 pun yg aku jakun dkt eskem dia ialah tekstur dia yg x mcm eskem biasa..dia berlapik bila kene kaut dgn sudu tu nmpk menarik je. ok la.. jom tgk gmbr. apa2 pun eskem pilihan saya ialah passion fruit n mango snow ice.
passion fruit n mango snow ice-rm7.90

nut case-rm7.90 (x brp best..baik ambk yg ada fruit)

strawberry-wallahh..ni best gak. my mum yg order

seperti biasa..org yg sentiasa menemani saya..hikhik

Wednesday, October 27, 2010

kami di nim's island!!

nim's dr luar (gmbr dicurik dr fb nim's)

hhahaha..apa yg kitorang buat kat nim's island lak? kitorang kat nim's little island cafe la. tempat baru makan2 aku..actually tmpt ni dh lama nk pegi sgt2 tp memandangkan ada je halangan and yes..this time dpt gak pegi. ni ntah apa mimpi en. hubby ajk saya ke sana ntah. erm..rasanya dia kesian kot mengenangkan diri saya mcm bini no 2. ada laki tp mcm x ada..opssss...choiii kay. saya jd bini no 2 dia selepas bini no 1 dia ialah kerjaya dia..muhahhahaa.

so sy mls nk menaip pnjg2 sgt sbbnya takut mcm pening je tgk tulisan yg byk. kdg2 aku pun malas nk baca belog org klu panjang2..kikiki..kita buat cerita bergmbr la ye. lagi sng kan :)

ni details nim's n fb
Location : 2, Persiaran Teratai 5, Sg Ramal Dalam,
Kajang, Malaysia, 43000
Phone : 019-3345008
Mon - Sun : 5:00 pm - 1:00 am
tomyam dlm kelapa muda (rm9 sajor) sangat syiokkk saat2 korek isi kelapa

sotong msk paprid (rm4.50 only) - sy x berapa sukakanya.

daging blackpeper - sangat sedappppppp

byk x list minuman dia? sy suka mnm cinoni kedondong..sedapppppppp..masam2. kene dgn tekak sy :)

menu2 (curik from fb nim's) mengikut kata doda ns goreng blackpepper sedapp..akan ku try

Ms.gegirl tgh mkn satay tu..bergmbr dgn soda gumbira ibuk (abaikan baby chair tu..x suka tgk..penuh daki..yakkes)

satay ayam tuk rissa - ni pun sdp bangatt..terasa jus2 perapannya.

lastly..lihatla betapa gumbiranya saya selepas mnm soda gumbira..hahhaha

Monday, October 25, 2010

mulut u bau busuk la!


arini aku nk buat entry yg berbau nanah skit. sesuai la ngn makcik yg bercakap ni. kat sinila aku nk lepaskan geram sbb x leh lepaskan dgn dia. klu la aku dpt tumbuk muka dia mmg aku nk tumbuk la bertalu2, pastu nk tarik rambut dia..nk cungkil biji mata dia yg sedikit kero tu. pastu tugas my gegirl ialah gigit makcik tu. yeayyyy..heaven ok klu dpt buat org ni sprt yg aku gambarkan.
knp aku marah sgt dkt makcik ni? sbbnya mulut mcm puaka. hazaaaaaaaabbb. dia ni sbnrnya dl amat baik sgt2 ngn family aku. tiap2 ari duk bertandang umh mak aku. jap2 call mak aku tny dia buat apa. x lain x bukan nk dtg umh la tu. nk buat ketupat. dia ni x keje..mak aku plak sblm ni mmg keje. so x ada time la nk lyn dia sgt2. dia pun mencari la kawan2 yg boleh di katakan melayan dia. kawan ni plak org muda..tiap2 mlm g mkn luar, g karokke, wiken lak g jenjalan..x kisahla life dia mcm ni sbb dia mmg berduit..yg aku kisahkan skang ni makcik tu la(aku bkn nk sibuk hal dia tp sbbkan dia sibuk hal kitorang so aku pun nk sibuk gak hakhak)

makcik ke? kakak kot aku patut pangil dia sbb dia br nk cecah 40an rasanya kot. laki bini ni BERLAGAK yg hamat. feel cam org khaya tau. pdhl duit x ckp. lately ni bini dia kerap minjam duit ngn sahabat sekaroke dia tu. bini dia selalu cover hal ank2..ank kene saman..ank langar org..bil henfon ank melanbung..mcm2 lg la hal ank2 yg dia cover dr laki dia. dia pnjm senyap2..x mo laki dia tau sbb klu tau teruk ank dia di kejekan. keje hakak ni mengcover hal ank2 je. busan tul aku tgk. dh tu x ada duit idup cam org khaya..mkn luar walhal dia x keje pun. ank2 dh bsr so x ada keje masak la kan. ni pagi mlm membeli je kejenya. gila karokke..gila bowling..gila mkn luar. walhal dulu x penah pun buat keje2 ni. tiap2 ari laki bini ni tgk tv je. sjk ada kwn barula dia br kenal erti donia. pastu umpat org sana sini..org tu ini..org ini itu..org ni beli perabot..org ni itu. haila..ni keje org melayu yg x ada tamadun kot..kejenya jelesssss je manjang. x leh tgk org lebih skit dr dia. dah tu jenis x suka budak2..sbbnya knp? sbb dia x nk umh dia sepah2..dia x nk budak2 ni sentuh brg2 dlm umh dia. bila dia buat mkn2 dia ada jugak ajk aku. aku x penah dtg sbb aku ada ank. aku x nk anak aku usik itu usik ini. aku x nk ank aku lompat ats sofa mahal dia (dr rozell u..berlagak x hengat..kekeke)

knp aku sibuk2 citer hal dia? sbb dia kacau mak ayah aku. ayah aku terdgr dia ckp dgn anak dia mcm ni "dapat menantu gaji besaq bolehla merasa bwk kete besaq" vavissssss la mulut tu. nk je aku sepitkan mulut dia ni tau. aku br je tau hal ni tau...ingt aku x mampu pe.? walaupun aku, ayah aku n adik2 aku berkeretakan kete m'sia tp kitorang x beli 2nd hand tau.muhhhahaa..ko tu beli perdana 2nd hand je pun kechoh. eeeeee..ingt aku x tau pe, laki dia duk pnjm duit kat bos dia sbb nk beli kan kete kancil 2nd hand tuk ank dia yg sengal ubi tu. pegiii dahhh..aku klu x ada duit pun x hingin aku berhutang dgn org tau x. x ada duit buat cara x ada duit. x mampu buat cara x mampu. x yah nk buat cara ala2 mampu tp utang keliling pinggang. aku busan btl tgk muka laki bini ni la. org mcm ni patut kene hapus dlm list friend sbb dia berkawan tgk poket org. x jujur. ntah apa lg citer ntah dia duk kata kat mak pak aku. aku rasa hakak busuk ni 1 day mmg kene dgn aku la kot. jaga ye cik senah!!
Rissa, jom kita tinju makcik ni nk x?( gmbr dr en gugel)