LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Sunday, October 31, 2010

@ Ice Room



menu @ ice room

pernah tgk dlm JJCM yg si serina tu pegi dkt ice room? walllah tgk dia makan eskem..mcm bestla sesgt. aku pun dh lama nk pegi sini tp baru je berkesempatan msk ke Ice Room ni. Setau aku byk jugak branch dia tp aku pegi dkt kajang sajo.

sy nk vote 3bintang jek..hakhak. x tau la org lain rasa mcm mana kan. tp bg saya yg x berapa nk menggemari makanan2 ni, 3 star je la aku bg. menu mmg mcm2 ado. Klu sapa nk belanja aku makan untung tau sbb x yah belikan aku 1 mangkuk tuk aku je sbb gerenti x habis punyala. tuk org mcm aku ni 1 mangkuk tu leh kongsi 2 org. apa2 pun yg aku jakun dkt eskem dia ialah tekstur dia yg x mcm eskem biasa..dia berlapik bila kene kaut dgn sudu tu nmpk menarik je. ok la.. jom tgk gmbr. apa2 pun eskem pilihan saya ialah passion fruit n mango snow ice.
passion fruit n mango snow ice-rm7.90

nut case-rm7.90 (x brp best..baik ambk yg ada fruit)

strawberry-wallahh..ni best gak. my mum yg order

seperti biasa..org yg sentiasa menemani saya..hikhik

Wednesday, October 27, 2010

kami di nim's island!!

nim's dr luar (gmbr dicurik dr fb nim's)

hhahaha..apa yg kitorang buat kat nim's island lak? kitorang kat nim's little island cafe la. tempat baru makan2 aku..actually tmpt ni dh lama nk pegi sgt2 tp memandangkan ada je halangan and yes..this time dpt gak pegi. ni ntah apa mimpi en. hubby ajk saya ke sana ntah. erm..rasanya dia kesian kot mengenangkan diri saya mcm bini no 2. ada laki tp mcm x ada..opssss...choiii kay. saya jd bini no 2 dia selepas bini no 1 dia ialah kerjaya dia..muhahhahaa.

so sy mls nk menaip pnjg2 sgt sbbnya takut mcm pening je tgk tulisan yg byk. kdg2 aku pun malas nk baca belog org klu panjang2..kikiki..kita buat cerita bergmbr la ye. lagi sng kan :)

ni details nim's n fb
Location : 2, Persiaran Teratai 5, Sg Ramal Dalam,
Kajang, Malaysia, 43000
Phone : 019-3345008
Mon - Sun : 5:00 pm - 1:00 am
tomyam dlm kelapa muda (rm9 sajor) sangat syiokkk saat2 korek isi kelapa

sotong msk paprid (rm4.50 only) - sy x berapa sukakanya.

daging blackpeper - sangat sedappppppp

byk x list minuman dia? sy suka mnm cinoni kedondong..sedapppppppp..masam2. kene dgn tekak sy :)

menu2 (curik from fb nim's) mengikut kata doda ns goreng blackpepper sedapp..akan ku try

Ms.gegirl tgh mkn satay tu..bergmbr dgn soda gumbira ibuk (abaikan baby chair tu..x suka tgk..penuh daki..yakkes)

satay ayam tuk rissa - ni pun sdp bangatt..terasa jus2 perapannya.

lastly..lihatla betapa gumbiranya saya selepas mnm soda gumbira..hahhaha

Monday, October 25, 2010

mulut u bau busuk la!


arini aku nk buat entry yg berbau nanah skit. sesuai la ngn makcik yg bercakap ni. kat sinila aku nk lepaskan geram sbb x leh lepaskan dgn dia. klu la aku dpt tumbuk muka dia mmg aku nk tumbuk la bertalu2, pastu nk tarik rambut dia..nk cungkil biji mata dia yg sedikit kero tu. pastu tugas my gegirl ialah gigit makcik tu. yeayyyy..heaven ok klu dpt buat org ni sprt yg aku gambarkan.
knp aku marah sgt dkt makcik ni? sbbnya mulut mcm puaka. hazaaaaaaaabbb. dia ni sbnrnya dl amat baik sgt2 ngn family aku. tiap2 ari duk bertandang umh mak aku. jap2 call mak aku tny dia buat apa. x lain x bukan nk dtg umh la tu. nk buat ketupat. dia ni x keje..mak aku plak sblm ni mmg keje. so x ada time la nk lyn dia sgt2. dia pun mencari la kawan2 yg boleh di katakan melayan dia. kawan ni plak org muda..tiap2 mlm g mkn luar, g karokke, wiken lak g jenjalan..x kisahla life dia mcm ni sbb dia mmg berduit..yg aku kisahkan skang ni makcik tu la(aku bkn nk sibuk hal dia tp sbbkan dia sibuk hal kitorang so aku pun nk sibuk gak hakhak)

makcik ke? kakak kot aku patut pangil dia sbb dia br nk cecah 40an rasanya kot. laki bini ni BERLAGAK yg hamat. feel cam org khaya tau. pdhl duit x ckp. lately ni bini dia kerap minjam duit ngn sahabat sekaroke dia tu. bini dia selalu cover hal ank2..ank kene saman..ank langar org..bil henfon ank melanbung..mcm2 lg la hal ank2 yg dia cover dr laki dia. dia pnjm senyap2..x mo laki dia tau sbb klu tau teruk ank dia di kejekan. keje hakak ni mengcover hal ank2 je. busan tul aku tgk. dh tu x ada duit idup cam org khaya..mkn luar walhal dia x keje pun. ank2 dh bsr so x ada keje masak la kan. ni pagi mlm membeli je kejenya. gila karokke..gila bowling..gila mkn luar. walhal dulu x penah pun buat keje2 ni. tiap2 ari laki bini ni tgk tv je. sjk ada kwn barula dia br kenal erti donia. pastu umpat org sana sini..org tu ini..org ini itu..org ni beli perabot..org ni itu. haila..ni keje org melayu yg x ada tamadun kot..kejenya jelesssss je manjang. x leh tgk org lebih skit dr dia. dah tu jenis x suka budak2..sbbnya knp? sbb dia x nk umh dia sepah2..dia x nk budak2 ni sentuh brg2 dlm umh dia. bila dia buat mkn2 dia ada jugak ajk aku. aku x penah dtg sbb aku ada ank. aku x nk anak aku usik itu usik ini. aku x nk ank aku lompat ats sofa mahal dia (dr rozell u..berlagak x hengat..kekeke)

knp aku sibuk2 citer hal dia? sbb dia kacau mak ayah aku. ayah aku terdgr dia ckp dgn anak dia mcm ni "dapat menantu gaji besaq bolehla merasa bwk kete besaq" vavissssss la mulut tu. nk je aku sepitkan mulut dia ni tau. aku br je tau hal ni tau...ingt aku x mampu pe.? walaupun aku, ayah aku n adik2 aku berkeretakan kete m'sia tp kitorang x beli 2nd hand tau.muhhhahaa..ko tu beli perdana 2nd hand je pun kechoh. eeeeee..ingt aku x tau pe, laki dia duk pnjm duit kat bos dia sbb nk beli kan kete kancil 2nd hand tuk ank dia yg sengal ubi tu. pegiii dahhh..aku klu x ada duit pun x hingin aku berhutang dgn org tau x. x ada duit buat cara x ada duit. x mampu buat cara x mampu. x yah nk buat cara ala2 mampu tp utang keliling pinggang. aku busan btl tgk muka laki bini ni la. org mcm ni patut kene hapus dlm list friend sbb dia berkawan tgk poket org. x jujur. ntah apa lg citer ntah dia duk kata kat mak pak aku. aku rasa hakak busuk ni 1 day mmg kene dgn aku la kot. jaga ye cik senah!!
Rissa, jom kita tinju makcik ni nk x?( gmbr dr en gugel)

Sunday, October 24, 2010

tolong la saya ni!


sy nk yg ni..tp x ada size lak..so dh kene delete dlm list sy..hihihi





6 pasang sumenya..gilala..rasa2 kene buang lg 2 kot dr list tu.

Sapa2 ada cara x nk elakkan sy daripada membeli baju2 rissa secara online? setakat ni cara yg saya ada ialah mengosongkan duit yg saya ada dlm acct maybank saya. bila duit dh kosong secara x langsung sy x kan beli brg2 sbb sy x boleh nk buat payment dah. saya mmg ckp mls nk ke msein cash deposit. dgn online ni sng je..sume di hujung jari. payment pun sekali kelik je.hihiihh. tp menyusahkan sayala klu duit x ada dlm acct nanti. x kan nk smpn bwh bantal kot. haishhh..tu cara lama tu. x boleh..x boleh.. cara ke 2 pejamkan mata..jgn bukak belog2 jual baju2. haaaaa...ni pun x boleh gak la sbb klu saya keboringan mulala sy menkelik2.

tau x apa yg sy nk beli? baju..baju..baju..bln ni sy dh beli baju rissa kat sogo..hbs la beratus henget. tp ni terbekenan lg..aduss..camne la nk kawal nafsu ni yek. saya sukakan gmbr2 dkt baju tu. rissa x kisah apa ibu belikan..dia pakai je tanpa reti mengomen. kekkeke..sementara ank x reti pape ni bolehla pkikan apa yg aku suka kat bdn dia kan? peningla pulak nk pilih yg mana 1..erm..jap ye aku pikir2. kepada yg teringin nk membeli belah tu meh la kat sini aku mmg biasa beli dkt imelda ni sbbnya dlm byk2 belog online kat sini rege dia murah skit. happy shoping!!

Friday, October 22, 2010

saya malas nk menulis

ari ni sy mls nk menulis.
arini sy mls nk berbelog.
opsss..tp sy dh menulis ni, secara x lgsung dh berbelog.
apadaaa sy ni..
sy sebenarnya sakit gigiiiiiiiiiiiii..nk g kinik sy takut sgt2. dh setahun 2 bln sy x g jumpa dentist tau. sy fhobia tgk dia..grrrrrrrrrr....

tata..gg makin sakit.
saya harus keluar..takut2 nanti sakit mata pulak

Thursday, October 21, 2010

Apply 3 dpt 11? wowwwww!!!

dpt drpd my friend (faz) x tau la dia dpt dr mana..hihihi.

ermmmmmmmmmm...meriahkan klu 11hr cuti. yeayyy..leh berjimba sakanla. Bagi yg ada plan nk g holiday inila masanya. ambk cuti 3hr tp uols dpt 11hr cuti..kekekek..meroyan aku tgk tau. dlm otak ni mulala pikir nk g sana sini. cuma x bestnya klu nk g holiday ni sbb awal thn lg. so bdn masih lg dlm keadaan fresh nk bekerja. klu tgh2 thn ke mmg bestla kan. 11 hr tu..mau x best.

stkt ni aku x ada plan nk ke mana2 lg. mcm biasala..aku berkahwin dgn suami yg keje dlm bidang airlines ni so nk cuti mcm org biasa tu nan adooo. sorang2 la meratap hiba. klu nk plan cuti kene bg tau awl2..nk g kenduri pun kene booked dia awal2..stressss hakak. wiken x ada makna nk bercuti ngn family...hanya ada aku dgn rissa. nsbla aku ddk dkt dgn mak ayah so diorg la yg selalu aku angkut nk ke mana2..sob ..sob.. sedih tau.

okla..x mau la nk emo lagi. klu pikir mmg leh emo seumur idup. biarla life sy mcm ni..hope 1 day akan berubah. ni harapan sy tuk tahun2 akan dtg..wakkakaka. so kepada kwn2 sume..plan la cuti2 malaysia korang tuk tahun dpn ye. x lama je pun..ni dh end of October ;) adiosssss

Wednesday, October 20, 2010

Perginya seorang ayah..Takziah untk Farah Sekeluarga


Malam td sy dikejutkan dgn 1 call yg menyatakan ayah Farah telah kembali ke rahmatullah ptg smlm. Saya mcm bermimpi je sbb pg smlm dia di masukkan ke wad seremban di sebabkan keadaannya yg dh kritikal. Kuman telah menyerang paru2 dia di sebabkan kakinya yg bengkak.

sy x nk citer byk2 sbb x mo sedih sgt2. Sy pernah berjmp dgn arwah ayah farah ni. orgnya sangat baik n friendly jugak. Saya berharap arwah ayhnya ditempatkan bersama org2 yg beriman. Takziah untk farah & family. Al fatihah..

Tuesday, October 19, 2010

Resepi untk baby2 kita


Agk busan x tgk ari2 menu lebih kurang je nk msk tuk ank kita? mst korang rasa busaannnn kan? alah..jgn tipula..aku pun penah gak rasa. dh naik blank otak ni nk msk apa. aku rasa mcm ank aku busan je balik2 mkn benda yg lebih kurang sama je. entah2 ank aku x busan pun..ibu je gedix lebih busan sbb kene msk benda yg lebih kurang sama je. otak jem! kikiki.. ari ni aku jenjln la tup2 ternmpk la resepi2 mcm ala2 best je klu nk buat, so aku ltkla kat sini. rasanya mcm dh ada resepi yg dh terlmbt je nk buat tuk rissa..x pe la..aku smpn je dlm ni. nanti tuk 2nd baby leh je buatkan. korang tryla ye resepi2 ni..mcm beshh je tau.

bayam&kentang bersos yogurt

ubi kentang
sedikit sayur bayam hijau
sedikit yogurt

-rebus kentang dan lecek
-sayur bayam diambil bahagian daunnya sahaja dan dicelur. Toskan dan hiris halus/cincang
-gaul sebati bayam dan kentang.
-makan bersama dgn yogurt

telur dadar special (ni boleh buat tuk rissa)

telur
tomato
bayam hijau
butter

-tomato dibuang kulit dan biji. Cincang
-bayam dicelur, tos dan cincang
-pukul telur dan tambah tomato serta bayam
-cairkan butter dan goreng telur tadi

pumpkin with cheese (ibu pun boleh mkn ni..cam besh gak)

-labu dipotong kecil-kecil dan direbus hingga lembut.
-Griskan sedikit butter pada mangkuk( yg boleh masuk oven ), aturkan labu tadi dan taburkan cheese diatasnya.
-Grill sebentar hingga cheese cair.

Brown Stew

15g daging cincang
15g kentang
5g carrot
5g bawang besar
40ml tomato soup( dalam tin )

-semua bahan dicampur dan dimasak hingga lembut

Sup sayur

tauhu
bayam
telur
stok ayam or bilis ( kiub)
tpg jagung

-didihkan air dan larutkan kiub ayam.
-Tambah tauhu yg dipotong kecil-kecil dan bayam yg dihiris halus.
-Tambah tepung jagung yg dah dilarutkan dgn sedikit air.
-Kacau-kacau hingga kuah agak pekat.
-Pecahkan telur ke dalamnya dan kacau rata.

Monday, October 18, 2010

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST

Ari ni tergerak ati nk join contest ni. b4 ni x penah pun rasa nk join. Ni sume gara2 Pn. ira yg perkenalkan kat saya blog ni. Kepada mereka2 yg nk join jom jengah sini

so aku pun nk tag la kat kengkawan aku iaitu atie, ira n anum. jomla korang kita masuk..last 20 oct 2010 ni tau. cpt2 la hntr b4 pukul 2pm ye..hihihi.


Kategori 1B - Little Muslimah (1 hari - 3 tahun)

Nama : Aimy Arissa binti Azminizam
Umur : 1 thn 1 bln 3 minggu 5hr
Tarikh lahir : 22 August 2009
Harapan ibu terhadap Rissa supaya menjadi seorang ank yg solehah, cantik luar & dalam serta sentiasa berada di landasan yg betul. Andai kata kita kaya raya pun sentiasa ingat dgn Allah. Dia yang menentukan segala2nya. Ibu sentiasa mendoakan yg terbaik untk ank ibu yg cute miut ni ;)

Wednesday, October 13, 2010

Mengatasi masalah kuat marah pd anak




Nak share sama2 ngan korang. ni aku kutip dr dlm fb..x ingt tuan punya badan siapa. neway thansk ye..sangat2 membantu. Marila sama2 kita mendidik anak2 kita ye ;)

Mengatasi masalah kuat marah pada anak Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia. Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah inii:-

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.


3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam. S

Wednesday, October 6, 2010

HFMD menyerang rissa

Nangis je..smpikan aku x tau nk buat apa dah :(

Aktiviti air liur yg non stop keluar. mencurah2 bagaikan air hujan

28/9 - tgh2 mlm rissa dh start tido x nyenyak. merengek tanpa aku dpt kenal pasti. aku pun tido x lena tp ttp pegi keje mcm biasa. Siang tu mak aku kata fefek dia dh merah2. air liur meleleh.

29/9- mcm sblm ni gak..tido jap2 rengek..tgh2 tido rengek. fefek ngn bontot dh merah2..pastu ada cam rashes. dr kaki smpi ke betis dh naik mcm ruam2..aku ingtkan campak. maybe kene lagi kot. air liur lak start meleleh cam perigi pecah..non stop.

30/9 - kemuncak nye mlm smpi la ke pagi. Rissa lgsung x boleh tido. asik nangis je smpi aku naik bosan sbb aku mengantuk gila2. tgk lak laki sedap2 tido je..lagi aku naik hangin. aku pun keje gak..sama2 keje.so patut sama2 berjaga walaupun rissa mmg x nk dgn dia. x fair la tuk aku sbbnya dia sdp tido aku lak naik stres + tension melayan rissa yg nangis je. tgk perut ok..x kembung. berak? tgk dryper x berak lak..kencing? dryper kering..x mcm biasa. bagi puting pun nangis..susu pun dia tolak gak. last2 aku geram aku tampar manja mulut rissa. sbb asik nangis je. ms ni aku dh thp tension gila2 tau. aku dh la 2hari x tido sgt. tup2 mlm ni pun dia meragam. aku jd tension. "maafkan ibu ye rissa. ibu bkn x sayang rissa..ibu tertekan sayang'. Dlm pukul 7pg (1/10) brla dia dpt tido lena..ms ni ayah dh pegi keje. so aku pun gerak nk bgn..niat nk pegi keje walaupun lmbt tp tup2 dia bgn lak..nangis2. trs aku x jd g keje..decide pg tu gak bwk klinik sbb ms dia nangis aku nmpk dlm mulut dia mcm kene pecah2. so maybe dia nangis sbb sakit mulut + ruam yg teruk smpikan ada air2.

1/10 - aku bwk rissa ke klinik tanpa hubby. bila doctor tgk je kaki rissa..doctor trs ckp ni kene HFMD ni. ha? aku dh tergamam n tercengang. nsb aku leh bercakap lagi.

aku - Doctor, ank saya x ddk nursery pun..mcm mana boleh kene. dia pun x keluar2 rumah. br ni la sy bwk dia keluar.
Dr - kalau ada yg kene, virus tu berlegar2 dkt persekitaran udara kita. maybe ada yg kene kita x tau.
aku - oo..mcm tu ye. maybe la kot. (dlm ati jenuh aku pikir kene kat mana) so doctor penyakit ni bahaya x? sy x tau apa pun psl penyakit ni. penah baca tp baca gitu2 je la.
Dr- dia boleh berjangkit dgn budak2 lain. melalui air liur, persekitaran udara dan juga sentuhan. klu boleh kuarantin la ank awak. sy akan bg ubt sapu dlm mulut je. biasanya take time nk baik..dlm 1-2weeks..bykkan mnm air ye. merah2 tu akak ilang klu dlm mulut sume tu beransur baik.

Alhamdulillah.. 2/10 tu rissa dh kurang merengek. merah2 tu pun dh mengecut n kering. cuma dia x brp nk aktifla. klu tidak tu mulut riuh je bercakap. mkn ngn mnm pun leh pulih mcm biasa. Aku plak terpks jalankan majlis open house+besday rissa gak sbb sume dh ready. x kan nk batalkan. so mak aku la yg byk jaga dia. rissa lak behave..mcm tau2 je dia sakit. dia x kiss org sgt2. aku pun suh mak aku tgk2kan dia sbb aku bz. so klu ada air liur lap je..jgn bg kene budak2 lain. mlm tu pun dia dh start boleh tido. lena jugakla..x la merengek je manjang.

Arini arissa kembali ceria seperti sediakala..mkn ok, mnm ok, mulut pun riuh je. bintik2 merah berair pun dh x ada dkt kaki..dh ilang..licin dh kaki dia ;) cuma dlm mulut ada 1 je lg ulser. aku still sapu lg ubt dlm mulut tu. Alhamdulillah..rissa kuat semangat lawan menatang ni. Jangan dia dtg seranglagi udahla..ibu dh x larat nk handle benda2 ni lg ;(

bg sesapa yg x tau apa menatang ni..mohla kita tgk apa yg aku dpt dr hasil searching mensearching :-
Apakah penyakit HFM?

Jangan terkeliru dengan penyakit kuku dan mulut, yang biasanya menyerang binatang ternakan sehingga membawa maut. HFM secara amnya merupakan jangkitan virus yang disebabkan oleh virus Coxsackie A16, enterovirus EV 17 dan enterovirus yang lain. Ia sering menyerang kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah dan kerana terdapat lebih daripada satu virus yang boleh mengakibatkan penyakit ini, maka seorang kanak-kanak boleh dijangkiti lebih daripada sekali.
Bagaimanakah penyakit HFM merebak?

Penyakit ini boleh merebak dari seseorang kepada yang lain sekiranya terkena bahan yang keluar dari hidung dan tekak, air liur, cecair yang keluar daripada lepuh atau najis mereka yang dijangkiti. Ia juga boleh dipindahkan melalui perkongsian barang seperti alat permainan dan perkakasan. Itulah sebabnya mengapa wabak ini sering berlaku di pusat asuhan kanak-kanak, taska dan pra-sekolah kerana ia dipenuhi dengan kanak-kanak dan mereka berkongsi pelbagai alatan. Ia juga boleh tersebar di taman permainan dan kompleks membeli-belah. Kanak-kanak yang dijangkiti HFM amat mudah menyebarkan penyakit ini kerana mereka mendapat ulser mulut pada minggu pertama jangkitan.

Apakah gejala-gejala dan Simptom-simptom penyakit HFM?

- Ulser mulut pada kanak-kanak terutama sekali di bahagian lidah, gusi dan bahagian dalam pipi. Ulser ini menyebabkan rasa sakit dan boleh berlanjutan sehingga 7 ke 10 hari.
- Lepuh atau ruam pada tangan dan kaki walaupun ia mungkin timbul pada badan dan anggota yang lain. Berlainan dengan cacar air, ruam ini jarang sekali menimbulkan kegatalan.
- Demam sederhana panas ( 38°C ke 39°C). Walaupun terdapat beberapa kes yang boleh membawa maut, penyakit HFM biasanya boleh sembuh dengan sendiri.

Pada masa ini, masih tiada lagi rawatan yang khusus. Selalunya, pesakit akan dirawat dengan menggunakan cecair, ubat tahan sakit dan pelega demam untuk mengurangkan ketidakselesaan pesakit sehingga penyakit tersebut hilang dengan sendiri. Segera bawa anak anda ke hospital sekiranya anda mengesyaki anak anda sudah dijangkiti penyakit ini.

Berjaga-jaga sebelum menyesal kemudian hari Cegah HFM dengan cara yang mudah dan berkesan.Amalkan kebersihan diri. Selalu basuh tangan anda sebersihnya terutama sekali selepas keluar dari tandas, menukar lampin bayi atau sebelum menyediakan hidangan dan makan.Sentiasa bersihkan puting bayi, alat mainan dan tempat tidur bayi.Elak pergi ke tempat yang penuh sesak sekiranya berlakunya wabak ini.


Maaf ye, kali ni n3 panjang gilos. info tu sy dpt drpd anakku.my

Untk perempuan2 yg x beradab dgn suami je ni

ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

- hihiihihihi..knp aku gelak? sbb aku selalu je potong bila laki aku ckp. klu dia tgh ckp benda tu x btl kat aku mmg cpt2 aku masuk. tu psl kami selalu bertikam lidah sbb ayat blum hbs tp aku dh bg peluru.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

- suami aku jarang marah2. boleh di kira je dia marah brp kali. aku je yg tiap2 ari marah. dh jd hobi. wakakkaka..tp biasanya klu suami aku betul2 marah mmg aku diam je..tkt nk menjawab sbb ngeri. i kecut perut u. tp klu tone marah dia cam x brp nk marah mmg aku menjawab je..jwb tuk tegakkan kebenaran.hiihiihih.. jgn tiru mcm saya ye..dosa tuuuuuu

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

- ye..kdg2 saya merajuk. eh! selalu jugakla. nmpk sgt sy x matang ye ;)

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

- aku ke yg kene potongkan? manala reti. kang jd misai kontot lak. penah jugak laki aku suh aku potongkan rambut dia skit..aku x brani sbb nanti jd fesyen lain lak. biasanya aku buat mcm ni "yang, rambut dh panjang..g kedai mamak tu..gunting kasi pendek" ni je la mampu aku buat..hahaha

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan
melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

- aku isteri yg x taat..huarrr..x yah bgtau..aku dh tau. sbbnya aku mmg suka tangguh2 klu dia suh ambk itu ini. tmbh2 klu tgh tgk drama kan..harusla nanti..ambkla sendiri ye..hahahha. tp aku bertuah kot sbb biasanya laki aku akan bangun n ambk sendiri. x marah2 la ;) 1 lagi tuah yg aku dpt..

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

- ni je aku taat..aku masak ikut selera dia. klu selera aku harusla tiap2 ari western. x ada nasi2 bagai ;) walaupun kdg2 aku msk dgn ati yg marah..

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus
isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

-saya x reti menjahit..so hasilnya pun x brp kemas. bkn buat dlm keadaann yg x ikhlas..hihiih. stkt jahit butang ngn klim suar tu ok la kan..nk buat2 yg susah2 x reti hadek

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

- sume nya ada ats meja solek..so sang suami ambk je la.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

opsssssss

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

- bab ni aku isteri yg taat sbb klu nk guna kete dia mmg aku mintak izin. duit? x sbb aku ada duit aku sendiri. klu kuar sama2 je aku beli brg..so dia keluarkan duit. x ada aktiviti minjam meminjam.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

- Saya mmg wangi..hihiihihi. Yg ni mmg kene titikberatkan la. walaupun penampilan x sehot mana tp klu kita dlm keadaan kemas+x bau masam2 pun dh kira ok la kan.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

- biasa sy bg air kosong je..ahahhaha..kejam kan? tp okla kan drpd x ada air. klu ada masa je sy tny nk air apa. laki sy jenis x kesah..so air apa pun bg dia mnm je tnp request itu ini.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

-So kepada anda yg bergelar perempuan n isteri org..fikir2kan la. jgn jd mcm saya ye, perempuan yg kurang adab dgn suami. suka potong ckp suami. aku harap benda2 ni leh buat aku renung balik pangai2 busuk aku ni.hehhee. Semoga Pn. Aida berubah menjadi seorang wanita & juga isteri yg taat ;)

Monday, October 4, 2010

open house+1 year besday


2.10.2010 ..dlm byk2 date..date ni la date bertuah sbb terpilih tuk di jadikan besday party arissa + open house tuk kengkawan kami. mmg ramaila yg datang sabtu lepas..thanks to all. klu x sempat nk layan tu jgn marah ye..phm2la..sume masak sendiri so x adala time nk layan korang. klu aku amk catering mmgla aku leh layan korang mcm vvip..hihiihihi.

ni la kek tuk rissa

Menu kali ni simpel je la..ada rendang daging+sambal kacang (di msk oleh my mum), ns goreng cina (di masak oleh laki aku), mee sizling (aku sendiri), cucuk western- ni macam2 ada...hot dog+bebola ayam+bebola sotong+kentang rebus di curahi dgn mayonis ngn sos cili..mmg mantop..hehhehe..ni la yg buat aku lama duk kat dapur. asik2 habis..asik2 habis. jenuhla jugak aku goreng n mencucuk kat lidi tu. Desert lak ada cheezy epal, marble cheese cake n kek pisang. tgh2 aku kelam kabut duk menambah cucuk western ni gas pulak habis..adussssss..nasibla ada basaria gas. call ajer..dlm 10 mnt pun dia smpi..muah dkt u la. klu x bergenangla nugget2 n hotdog dlm minyak yg x panas tu.
Menu2 di rumah saya

dalam pukul 2 besday girl tiup lilin..tp x tiup pun..dlm erti kata lain dia x heran pun dgn kek yg besar gabak tu. i order kek no 1 tuk icha ni.. tp dia x heran. dia lebih heran ngn gula2 yg di letkkan tepi kek tu..hampeh tul..silap plan la plak aku ni. klu x letak gula2 lolypop tu dah tentu dia heran dgn kek comel tu..hihiihih..neway smpila aku tulis n3 ni aku x merasa pun lg dgn kek besday rissa ni..tp rmi yg kata kek tu best..erm..aku terasa nk menjengah fridge la..nk menjamah kek ni sblm saya kempunan ;)

rakan2 sengal ubi..muhahhaa..thanks 4 coming ya--abaikan muka minyak saya