haaa...menjengah bulan april ni kan aku dh renew balik hobi yg dh dkt nk 2thn aku tinggalkan
membaca..ye..tu la hobi aku sejak dr kecik lg..hikhik.
penah msk pertandingan baca buku paling byk n menang tau. tp ni sekolah rendah je la..kuikui.
aku stop membaca dr awl preggy smpila rissa dh nk 2thn ni.
sbbnya no time nk baca. br pegang buku..uwaaa..nangis..selak sehelai..mi..yakk..eee...mcmmana la aku nk settlekan baca buku sebuah je pun x dpt2.
so..kali ni aku tekad. rissa pun dh bsr. dia tgk timmy time..ibu bukak novel.
lgpun ni salah 1 tuk ibu ilangkan stress. ayah bizi..keje..keje..keje..(aku mmg suka komplen jek)
actually buku ni bkn first buku tuk thn 2011 ni..ni buku ke dua selepas aku baca buku tajuk yg x ingat..ekekekke..br 3minggu lps baca dh lupa. agknya sbb buku ni aku pinjam org punya kot. tu yg lupa tajuknya.
okla..papepun skang ni aku ngah layan buku ni. hopela dpt hbs dlm masa sebulan.
(eh..ni kira lama tau. klu masa x ada ank dlm masa sseminggu je dh settle) buku yg aku beli adalahhhhhhh..hikhik. ni paling latest tau. price rm21..tp klu beli dkt minerva ada 20% tuk sume novel..so dpt dlm 16hengget je
(leh claim income tax)
curik dr alaf21
x leh komen apa2 lg sbb br bab 7. tp dr starting best ;)
aku meroyan nk buku ni..sbb terlaris kt pasaran. akan ku try tuk dptkan :)
Sinopsis‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.
Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.
Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.
Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.