LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Friday, December 31, 2010

inilah hadiah TERBAIK untk 2010

nak tau sp yg dpt hadiah ni?
mst la si arissa aka msgegirl ni.
hadiah sempena tahun 2010 ni..mmg TERBAIK la hadiah yg dia dpt ni.
hadiah ni x tau la sp yg bg sebenarnya..samada dia yg ambk dulu ataupun dia terima drpd Mak ngah dia. tp aku tau mst rissa yg capai dulu hadiah ni sbbnya rissa mmg x reti duk diam kan? so ni la ibu rasa hadiah untk budak yg x reti duk diam. nk tgk apa hadiah yg dia dpt tak?


jeng...jeng..jengggg


ni la dia hadiah TERBAIK thn 2010 ni

korang rasa leh teka x kene apa ni? air panas? kudis smpi melepuh? ataupun kene iron?
yeee..kene iron tp bkn di dera oleh nenek ataupun Mak Ngah nye ye. ni hadiah drpada perbuatan sendiri. Rissa..rissa..aku x tau nk ckp apa dh. x kan nk marah mak ngn adik aku kan. sah2 bkn salah diorg tp ye..kecuaian adik aku la..dia br pas iron bj..letak bwh. baru sangat2 tau. tup2 rissa dtg snyp2 tanpa disedari oleh dia. huarrrrrr!!!!! nangis sudah budak ni tp sekejap je tau. mmg terror rissa oiii.

trs nenek ltk gel gamat..tp ttp mengelembung. nk buat camne ye? sian tgk ank aku ni. mlm td dia terjerit2 mengelupuh. pedih rasanyaa..aku kene iron pun x tahan. inikan ank aku. hailaaa..tu la ..ni la kesan drpd x reti duduk diam rissa. sume benda awk nk main sume benda awk nk touch. sudahnya iron dh touch kaki awk. nk pki kasut pun x boleh kan? ibu tau rissa x pandai bezakan mana bahaya mana x. ibu x salah kan rissa jugak. x pe la..pasni ibu buh ubt lg ye. nanti klu ada kesan dh x chantik tau..buruks. nsb kene situ..klu kene muka??x comel dh ank ibu ni.

Thursday, December 30, 2010

Congrats to HARIMAU MALAYA

eh..mcm manala aku leh terjebak dlm dunia sukan terutama "bola" ni?

ha..ni la yg dikatakan semangat kenegaraan..walaupun aku x minat bola tp demi negara tercinta ni aku layan n sokong tau harimau malaya..dh la sume ensem2..kikikiki..
ye penting sok CUTI..our PM dh istiharkan sok cuti umum..yeeehaa..leh berjimba.
syabas MALAYSIA..syabas HARIMAU MALAYA..dh femes ni jgn lupa diri tau!!

tahniah malaysia,rajagopal & sume player
xpecially keeper yg ala2 korea..bermata sepet..i loikee (fahmi) yg jd wira mlm td...
p'mulaan yg baik utk sukan bola m'sia...
"MALAYSIA BOLEH"



muntah darah klu laki aku tau aku sukak budak ni

Wednesday, December 29, 2010

Cara tido yg berkualiti






disebabkan ini la aku rasa x boleh nk ddk diam. ibu kene buat research dgn pakcik gugel jugak n byk jugak info2 yg aku dpt. jom kita baca. sharing is caring ;)

**Tidurkan waktu dia mengantuk

Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

Cahaya mentari sebagai loceng

Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.

Persekitaran tidur selesa

Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

Persekitaran yang selamat

Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

Ajar anak cara tidurkan dirinya

Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.

Tetapkan rutin tidur

Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.

Jangan abaikan tidur petang

Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.

Makanan yang betul

Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan ‘kuasa’ berpanjangan.

Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.

Aktiviti fizikal penggalak tidur

Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.

Gangguan teknologi

Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.

**Dipetik daripada buku Sleep Solutions For Your Baby, Toddler and Preschooler oleh Ann Douglas.

Tuesday, December 28, 2010

bila kebosanan melanda

4hr menjelma la 2011. apa azam korang?
klu yg azam hangat2 taik ayam je tu baik x yah ada azam la ye. membazir waktu. kekkeke.
azam aku untk 2011 ni byk..aku nk upgradekan lg amal ibadah aku, x mo mc2, nk kurangkan perbelanjaan yg mengarut2 ni n rasa2nya nk ank lagi (tp yg ni boleh berubah2..jap nk jap x nk) wah..byknyer azam aku. harap2 aku kuatla mencapai target2 ni.

sbrnya ada lg azam2 aku tp aku rasa tu mengarut kot..kikiki. so bek simpan diam2 ye.
papepun arini aku mood kucar kacir. br pukul 9lbh aku dh di landa kebosanan. server lak cam hareemm. nk baca blog pun slow je jah. apala nsb aku arini. nk tunggu ke pukul 5.30 hazabbb tau.

Wednesday, December 22, 2010

Happy 16months Ms gegirl


horeyyy!! 2 bln lg sy nk sethn setgh. pic ni ambk pkl 630pg..freshh tau. rissa br bgn tido..eee..nmpk pushattt


Alhamdulillah...meningkat lg 1 bln dak bushuk aku ni.
ari ni dh 16bln dia..erm..makin bijak..makin noty..makin keletah.
gg pun total dh ada 10..coming soon 2 lg geraham bwh. geraham ats settle dh tumbuh dgn jayanya. 1 kisah tentang rissa ni..gg dia tumbuh berpasang2. stkt ni x ada pun gg yg tumbuh single lg. pasni leh la ggit kaki ibu lg yek..

apa lg nk story tentang rissa? klu nk citer jenuh ibu type tau.
ni ibu buat pun nk isi masa ibu..10mnt lg nk blk..kekekkeke.
okla..nk citer jugak la..sekarang ni rissa rajin sgt2..rajin sepah kan umh. kkdg2 rajin gak kemas umh. pandai dh menyapu dan pandai jugak buang pampers dia dlm tong sampah. ksg2 sume benda dia buang dlm tong sampah. stkt ni ibu dpt kesan botol susu ipat ngn roti ibu rissa buang dlm tu kan??? notyy tauuuuu...

chayangggg bushuk2 rissa..muaxx..

Friday, December 10, 2010

Hye Chinta Ati

Pagi ni ibu sibukla..x dpt nk call rissa.
ibu rindu bangat ngn icha tau..geraaaammm..x puas nk cium pipi tu.
nsb bsk wiken..kita leh together2 golek2 ats katil
this week ayah keje..so icha behave ye. duk ngn ibu baik2 tau.

ibu x sabar n tunggu 5.30..rindu bangatttttttttt sama aimy arissa ni..muah..muah..

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah untuk semua kaum islam di dunia ini ;) yeayyyy..bsk kita coteyyy

sambut2 jugak tapi rasa2nya ingt x knp ada sambutan Maal Hijrah ni?
meh aku bgtau korang sbb takut2 ada yg ilang ingatan je.

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

ha..dh tau kan sbb apa? Hijrah ni bwk byk maksud..tp harap2 penghijrahan yg berlaku tu penghijrahan dr yg x brp nk baik ke benda yg baik. jangan terbalik sudah la ye.

Thursday, December 2, 2010

Mari menconteng



Jangan tgk apa yg rissa menulis sbb hasillnya adalah karya yg sukar untk di fahami oleh kita.
Gambar ini cuma nk menceritakan ini adalah salah 1 cara untk bg rissa ni ddk setempat ataupun diam.

Ya! dgn bg board ni dkt dia, dia akan ke dunia dia sahaja. so klu nk buat apa pun boleh la. tp awas! x smpi pun 1 jam tau..sobsob..

bg yg berminat untk dapatkan board ni..silalah ke pasar2 yg berdekatan kerana ianya murah. hihihihi..5hengget sajor..bsr lak tu. ni board ke 2 aku beli selepas board pertama menemui ajal. board pertama beli dkt JJ..kecik je dr yg ni tp mhl..15hennget. klu nk beli brand FP pun ada ;) rege dlm 20lbh tu pun bsr size tapak tgn aku. klu yg bsr punya dlm 100++. anda pentingkan brand? silala dptkannya..kekkekeke.

Wednesday, December 1, 2010

50% off..lai..lai..

Jangan ingat baju bajan je ada sale..saman trafic pun ada % tau..hikhikhik.
tp yg x bestnya 50% tu untk saman after 1st dec 2010..kene byr dlm masa 15hr dr tarikh saman tu. Dah tu..saman2 lama aku ni macam mana datuk? ala..la..la..la..tok..tolong jangan saman..

Kompaun munasabah saman trafik mulai hari ini

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Polis akan menawarkan kadar kompaun munasabah bagi semua saman trafik mengikut beberapa syarat yang ditetapkan mulai esok.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook miliknya hari ini menyebut semua saman dikeluarkan pada atau sebelum hari ini, kadar munasabah akan diberikan secara automasi melalui semua kaedah bayaran iaitu kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.

Jelasnya lagi, kaedah bayaran sama turut digunakan bagi semua saman yang dikeluarkan selepas itu.

Katanya, saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50 peratus daripada kadar kompaun sebenar.

"Saman yang diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari pula akan diberikan insentif 30 peratus daripada kadar kompaun sebenar.

"Saman yang tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari, tidak akan diberikan sebarang insentif dan seterusnya akan disenarai hitam," menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara tersebut boleh menghubungi mana-mana Pegawai Trafik Daerah, Kontinjen atau Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seperti disenarai dalam Ruangan Maklumat Trafik yang terdapat di laman web www.rmp. gov.my.