LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Wednesday, November 9, 2011

Resepi untuk anak 2Y - ke atas (PART II)

continue..


Spicy Chicken Burger

Bahan-bahan:

500 g isi ayam } dikisar/cincang
2 tangkai daun bawang } dihiris halus
1/4 cawan daun ketumbar } dicincang halus
2 ulas bawang putih } dicincang
1/3 sudu kecil serbuk cili - jika suka pedas tambah lagi
1 biji telur putih } dipukul
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara membuat:

1.Campurkan kesemua bahan
2.Ambil sedikit adunan kemudian bentukkan menjadi bulat dan leperkan sedikit
3.Ulang sehingga habis
4.Kemudian simpan di dlm peti sejuk selama 20 min
5.Goreng dgn minyak yg sedikit sehingga masak
6.Sedia utk dimakan bersama roti burger/timun/tomato/salad

Homemade Fish Finger
2 keping fillet ikan - guna Red Snapper Fish/Dory

2 sudu lemon jus
1 sudu lada sulah
Garam secukupnya
Tepung gandum secukupnya
Telur - utk celup fish finger sahaja
Bread crumb secukupnya

Cara membuatnya
:-

1. Fillet ikan dipotong jejari - ikut suka la nk besar2 pon boleh

2. Gaulkan dengan lada sulah, lemon jus dan garam - biarkan 10 minit
3. Gaulkan dengan tepung Gandum agak2 melekat dekat jejari ikan tadi.
4. Celupkan Fish Finger tadi kedalam telur dan golekkan didalam bread crumbs.
5. Sedia untuk digoreng, sama macam kita goreng nugget tu.
6. Sedap dimakan dengan mayonis
7. Fish finger ni boleh difrozenkan.

Nugget Ikan & Oat

1 cawan isi ikan(maisya guna ikan kembung je haritu)- ditumbuk or kisar

Rempah(any rempah pun boleh, maisya guna rempah masala)
Garam
Bawang goreng
Telur (1/2 biji pun cukup...separuh lagi simpan untuk salut dia nanti)
Instant oat

Untuk salut nugget:

Telur
Instant oat( dikisar sebentar, tak payah la sampai halus )

1. Gaul isi ikan, rempah, garam, bawang goreng dan telur...tambahkan instant oat hingga adunan tidak lembik dan boleh dibentuk. Gaul hingga semua bahan betul-betul sebati.

2. Bentuk-bentukkan bulat leper.
3. Celup dalam telur dan golekkan dlm instant oat.
4. Simpan sekejap dlm peti ais.
5. Goreng hingga garing.


selamat mencuba :)

Resepi untuk anak 2Y - ke atas (PART I)

Pernah alami x situasi mcm ni? Anak x nk makan. Mmg kadang2 datang time x nk makan tu..tp yg menjadi masalah lagi bila ank x berapa suka dgn nasi. ai yakkk..pening tau. So aku sebagai Mi yg prihatin telah mengugel resepi2 untk arissa. boleh di guna pakai untk ank2 korang jugak la..tp 1year below tu jgn la ikut ye..kang acik kene saman la pulak. resepi2 ni byk aku collect drpd forum cari. ada drpd blog kak hanieliza ngan kak Masri..toce kakk..toce jugak tuk yg menyumbangkan resepi2 ni..den copy yo.

BERGEDIL IKAN

Bahan
500 gm isi ikan tengiiri/parang/kembung
2 biji kentang [rebus dan lecekkan]
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup]
3 biji cili hijau]  cincang halus
1 biji cili merah
]  cincang halus

1 s/b tepung jagung
garam

telur [pukul sikit]
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Ikan dibersihkan dan dikikiskan isi.
2. Tumbukkan isi ikan sehingga lumat.
3. Gaulkan rata semua bahan kecuali telur dan minyak.
4. Bentukkan adunan bulat dan leper.
5. Celupkan bebola leper kedalam telur.
6. Gorengkan dengan api sederhana sehingga masak.
7. Angkat dan toskan.
8. Hidangkan bersama ciili sos dan sayur salad, timun dan tomato.

MEE SIZZLING

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
100 gm daging ayam (dipotong kecil-kecil)
100 gm udang [buang kulit]

1 s/b lada hitam (tumbuk)
3 cm halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk])
300 gm sawi(dipotong)
100 gm kobis [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil 4 s/b cili sos
5 s/b kicap manis
5 s/b sos tiram
2 cawan air
1 s/b tepung jagung
2 biji telur
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
3. Masukkan air, sos tiram, kicap dan cili sos. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kobis dan carrot.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sawi.
6. Bila mendideh masukkan telur.
7. Biarkan masak tuangkan atas mee yang telah dicelur.

hak ni plak resepi nugget buat sendiri..x susah rupanya kan..ada masa aku buatla..sbnrnya x elok jugak klu beli je kan

NUGGET AYAM

Resepi I:


Bahan-bahan:

500 g isi ayam } dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'
1-2 biji telur }dipukul sedikit

Cara membuat:

1.Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam
Gaul sebati
2.Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis
3.Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm serbuk cornflake/roti ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal
4.Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan
5.Sedia dimakan bersama sos.

Resepi II:

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam } potong sebesar 2 inci
1 1/2 cawan serbuk cornflake (cornflake crumbs) atau serbuk roti (bread crumbs)
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk bawang putih jika suka
1-2 biji telur } dipukul sedikit
minyak utk menggoreng

Cara membuat:
1.Ayam dicucikan dan toskan.
2.Campurkan garam, lada sulah, serbuk bawang putih ke dlm serbuk cornflake atau serbuk roti, kacau sekata.
3.Celup ayam kedlm telur kemudian golekkan kedlm serbuk cornflake/roti kemudian celup semula ke dlm telur dan ulang golek semula ke dlm serbuk cornflake/roti
4.Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan
5.Hidangkan bersama cili sos/tomato sos


Tuesday, November 8, 2011

Susahnya kalau anak x nk makan

 Stress..1 je ayt yg boleh aku keluarkan. pening woo pikir apala nk bg makan kt ank aku ni. cuti 3hari dh buat aku pening kepala..x tau nk msk apa dh untuk si rissa ni. Nasi mmg benda pertama yg dia avoid. rissa x mkn nasi! adoiii..poning2. padahal drpada start makan solid food tu aku x penah ajar x makan nasi. dr usia 6bln smpila setahun dia mmg kuat makan. bedal je apa aku masak. Kalau buat bubur 1 mangkuk besar mmg hbs la. Masa ni suapkan dia rasa best je..asal masakkan untk rissa licin. skang ni..3 suap je paling byk pun dia mkn. Memandangkan Rissa dh 2thn lbh..susu bukanla jadi makanan utama dia kan..so aku try nk kurangkan susu. Skang ni malam dia dh x bgn untk menyusu..Alhamdulillah la kan..tapiiii siang tu klu x makan mmg dia hentam susuuu je..pening pala acik ni tau. ingat senang ke nk jd ibu ni..mcm2 nk kene pikir. nsbla ayahnya x fussy dlm bab mkn. kalau x mau kepala aku stress..duk pikir nk msk apa untk ayhnya..untk ank lg. aku pun pelik..bukan aku yg ajr rissa jadi fussy tp dia sendiri yg memiih makanan dia :( yg aku tau feveret sayur dia carrot. x kan tiap ari nk bg mkn carrot je. stresssssssssssssssssss

cuti 3 hari tu jenuhla aku beli mcm2 kt giant..fish n chip la, hot dog la, segala mcm pasta aku buat stock, dgn sup mushroom lg. (dia ni perasan ala2 omputih tau) tapiiii..makannya sikit je. aku akui mmg ada marah rissa sbb x mkn. rasa nk jolok2 je makanan tu dlm mulut dia...kekekkeke..terus aku jd kejam kan. sbb aku risau ank x nk makan.  tp selagi berat x menurun n aktif ok la kot kan..x la risau sangat (ayat penyedap hati)

ok..cukupla dengar luahan hati aku ni..ni antara yg aku search. semuanya aku dapat drpd blog MAMA FIZA  byk info2 berguna tau. buku resepi pun ada tp aku blum terbukak lagi hati ni nk beli sbb kt rumah tu dh ada 4 rasanya buku resepi untk anak2.tapi sume pun jalan skit je..

Sedikit petua peribadi yang saya ingin kongsikan bersama pada hari ini ialah:
  • Berdoa memohon dipermudahkan urusan oleh-Nya pada setiap kali ke dapur sebelum memasak hidangan untuk keluarga.
    Amalkan zikrullah serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W ketika mengupas, membasuh, memotong dan memasak sayuran atau hidangan lain. Niat memasak untuk yang terbaik dan berkhasiat buat keluarga tercinta. Insya-Allah, pasti akan diberkati-Nya.

  • Mulakan untuk memperkenalkan anak kecil kepada kepentingan memakan sayur-sayuran dengan memberi contoh terbaik untuk mereka. Usia yang lebih awal, lebih berkesan.
    Contohnya: anak-anak saya diberi makan 3 sayuran asas sebagai sarapan sebagai rutin harian iaitu sayuran rebus atau stim – brokoli, lobak merah dan kentang, iaitu sejak mereka mula belajar memegang objek dengan tangan kecil.

    Sayuran direbus atau di stim menggunakan air rebusan daging kambing/daging ayam/ikan atau ikan bilis.

    Saya pelbagaikan rasanya dengan menambah sos pencicah untuk mereka pilih: sos buah-buahan yang berasingan dan sos khas (sup krim cendawan, sos perang, sos putih, sos keju, sos tomato segar).

  • Gunakan kaedah “stir-fry” atau menggoreng ketika memasak sayur campur (untuk anak yang berusia 30 bulan ke atas).
    Pastikan sayuran dipotong kepada saiz yang kecil atau sederhana *untuk mengelakkan anak daripada tercekik*, dimasak dengan betul dan empuk.

    Jika tidak masak dengan sempurna, sayuran yang dimasak akan terbit bau yang kurang menyenangkan atau jika terlebih masak pula sayuran menjadi layu dan tidak segar. Jadi, mohon diberi perhatian lebih pada kuali anda sewaktu memasak hidangan ini yang perlu digaul secara berterusan.

  • Bahan rahsia yang dicampurkan untuk melazatkan hidangan sayur campur goreng ialah: 1 sudu besar tepung jagung yang dilarutkan ke dalam 1/3 cawan air masak bersama kuantiti garam bukit masakan yang paling minimum/sesedap rasa.


  • Jika tidak menggunakan bahan rahsia diatas, sila gunakan sos perang/sos putih atau 1/3 cawan air rebusan daging kambing/daging ayam/ikan/ikan bilis.


  • Saya suka menambahkan sedikit serbuk bawang putih ke dalam masakan sayuran kerana baunya yang harum.


  • Saya juga hanya gunakan hirisan bawang Holland untuk memasak hidangan ini kerana rasanya yang manis dan senang dimakan oleh anak-anak *bukan hanya sebagai hiasan, manfaatkan nutrisinya & elakkan pembaziran ;) *

Selamat mencuba ye korang ;)







Monday, November 7, 2011

Bila Si dia mengedix









horasss...hakhak..

rissa skang ni gila kamera balik..aritu stop jap.mmg susahla nk ambk gmbr dia mandang kamera tp skang ni dh back to normal..asal ckp nk ambk gambar je dia dh start posing. jgn muntah ye tgk gmbr ank saya..sbb ini blog personal saya..so kalau rasa2 nk muntah silakan keluar..wakakakka..nymphhh.

Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

As-salam sume,

arini aku type skit je..x ada mood nk tulis panjang2.
just nk ucapkan Selamat hari raya aidiladha..thn ni kitorang buat korban untk arissa
so raya x ke mana2la. nk tgk lembu kene korban acik takut plak pengsan kat sana..acik fobia darahh uu..kikiki



Wednesday, November 2, 2011

Mamy poko ke Baby love



uolssssssss...acik masuk membawa perkabaran. nk tau perkembangan sgt kan..baca la smpi muntah..hahaha...

setakat ni aku dh tukarkan mamy poko ke baby love night tape. sebabnya apa? sbbnya ialah dia sama je tarap2 dgn mamy poko. tebal..yg penting x bocor. Normal price dia 5+.++ tp stkt ni aku dpt untk pack jumbo size XL 56pcs RM 38. berbaloi2 jah..byg uwang yg aku dh dpt save dkt sini. duit tu leh masuk tabung. 

ok..tu je nk citer. sekian terima kasih..sila lah menjenguk lagi ye..bluekkkk