Agk busan x tgk ari2 menu lebih kurang je nk msk tuk ank kita? mst korang rasa busaannnn kan? alah..jgn tipula..aku pun penah gak rasa. dh naik blank otak ni nk msk apa. aku rasa mcm ank aku busan je balik2 mkn benda yg lebih kurang sama je. entah2 ank aku x busan pun..ibu je gedix lebih busan sbb kene msk benda yg lebih kurang sama je. otak jem! kikiki.. ari ni aku jenjln la tup2 ternmpk la resepi2 mcm ala2 best je klu nk buat, so aku ltkla kat sini. rasanya mcm dh ada resepi yg dh terlmbt je nk buat tuk rissa..x pe la..aku smpn je dlm ni. nanti tuk 2nd baby leh je buatkan. korang tryla ye resepi2 ni..mcm beshh je tau.
bayam&kentang bersos yogurt
ubi kentang
sedikit sayur bayam hijau
sedikit yogurt
-rebus kentang dan lecek
-sayur bayam diambil bahagian daunnya sahaja dan dicelur. Toskan dan hiris halus/cincang
-gaul sebati bayam dan kentang.
-makan bersama dgn yogurt
telur dadar special (ni boleh buat tuk rissa)
telur
tomato
bayam hijau
butter
-tomato dibuang kulit dan biji. Cincang
-bayam dicelur, tos dan cincang
-pukul telur dan tambah tomato serta bayam
-cairkan butter dan goreng telur tadi
pumpkin with cheese (ibu pun boleh mkn ni..cam besh gak)
-labu dipotong kecil-kecil dan direbus hingga lembut.
-Griskan sedikit butter pada mangkuk( yg boleh masuk oven ), aturkan labu tadi dan taburkan cheese diatasnya.
-Grill sebentar hingga cheese cair.
Brown Stew
15g daging cincang
15g kentang
5g carrot
5g bawang besar
40ml tomato soup( dalam tin )
-semua bahan dicampur dan dimasak hingga lembut
Sup sayur
tauhu
bayam
telur
stok ayam or bilis ( kiub)
tpg jagung
-didihkan air dan larutkan kiub ayam.
-Tambah tauhu yg dipotong kecil-kecil dan bayam yg dihiris halus.
-Tambah tepung jagung yg dah dilarutkan dgn sedikit air.
-Kacau-kacau hingga kuah agak pekat.
-Pecahkan telur ke dalamnya dan kacau rata.





2 comments:
bagus! bagus! boleh aku wat reference nanti bila anak aku dah masuk usia blh makan. ngeeeeeee
yeee..marila sama2 kita pelbagaikan resepi ni supaya kita pun x busan nk msk. kekkeke
Post a Comment