LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Mood : Insaf

touchingnyaa tgk muka budak ni..adoii

naik besen tau..naik besen..korang boleh x? kesian kan

ni lg sedihh..x tau nk ckp apa

Bila tengok gambar kanak2 ni rasa tersentuh gila..akak touching tau. Bersyukur sgt2 yg kami laki bini dpt sediakan keperluan untk Rissa. Walaupun x segah mana tp kira completela berbanding ngn kanak2 ni yg hidupnya di atas air je. kecik2 dh terpaksa mencari nafkah untk bantu mak ayah nya. hopela dh bsr nanti diorg dpt kerja yg best2kan. tp mcm mana klu nk kerja best2? sedangkan dr kecik dh x sekolah atas sebab2 ketidakmampuan mak ayah diorg kan. kecuali klu ada NGO2 yg tolong depa2 ni. 

Gambar2 ni semua aku copy drpd forum cari..ada sorang forumer ni ambk gmbr gmbr budak2 ni dkt Siem reap. Rasanya budak2 ni berbangsa islam. klu tgk keadaan org2 islam dkt sana daifnyaa. Aku ada niat nk jd sukarelawan..dh lama tau niat ni aku pasang. nk ikut misi2 kemanusian TAPIIIII husband aku x menyokong. dia ckp misi kt rumah pn x selesai lg nk cari misi kat luar. chehhhh...x menyokong btlla.

Kalau sapa yg biasa travel ke negara2 yg miskin ni situasi meruntun jiwa byk boleh korang tgk tau. sian tgk budak2 ni. dgn muka comot, kudis, compang camping baju, lapar, tido pn tepi2 jln je. sedih sgt2..bila tgk blk tmpt2 yg penah aku jejak terasa bersyukurnyaa duk ke Malaysia ni. sumpah x tipu. walaupn kadar kemiskinan negara kita ni pn tinggi tp x la kronik mcm negara2 lain tu. 

okla..stop ckp psl ni. memandangkan x dpt jd sukarelawan..aku jd sukarelawan dlm blog sendirila..huahuaa

Monday, August 1, 2011

1 August 1 Ramadhan

Salam sume

rasanya x terlmbt nk ucap kan selamat menymbut bulan ramadhan kan? mintak maap byk2 klu ada menguris org2 yg saya knl atau pun x kenal. ni tgh sangap sgt2. ngntuk..x sabarnya nk blk. tp terasa boring yg hamat sbb sume keje dh di settlekan so corat coret skitla dlm ni. kejap je dh dtg ramadhan lg kan. hope kita dpt menjalani ibadah puasa dgn sabar. semoga mendapat keberkatan apa yg kita buat nanti.

mcm biasa..x pegi terawih. sapa nk jaga ank kan. klu bwk skali aku rasa mau org kejap2 menjerit.
tetiba ada org dlm kain sembahyang. kekeke..

arini 1 ramadhan..leh x kira beday rissa yg ke 2 thn? acila kann..klu ikut bulan islam arini rissa dh 2thn. mcm biasa..x ada apa2 sambutan sbb bulan puasakan. sian rissa :) x pe..next month kita g jenjalan ye sayang

selamat berbuka puasa nanti :)

Tuesday, March 15, 2011

kisah botol susu

As-salam ibuk2 dkt luar sana.

aku pasti n3 kali ni mst byk persamaan dgn belog2 ibuk2. btl x anum? hehhehe
tp x pe la..kisah ni untk aku dan juga ibu2 lain.
kisah botol susu BPA yg bahaya untk ank2 kita.
oleh itu ramai2 kita buang botol susu yg ada BPA ni..moh la sokong BPA free..walaupun mahal tp baik tuk kesihatan ank kita. tp ikut kata kwn aku si jiji..dia kata ada org jmp botol BPA free bwh rege 10hengget. buat masa ni aku dgn dia x pernah lg terjmp.

stkt ni rissa ada 1 je botol BPA ni..lain2 sume BPA free..so mulai arini mi akan buang botol barney rissa tu ye sayang.x pe la..botol tu pun bkn mhl sgt..klu mahal mau meraung mi.

ok la..kepada ibuk2 yg masih blur lg apa benda yg bahaya ni..apa yg nk kene buang ni. meh sy bg skit info. hasil gogelan dkt moh

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

  1. Nombor 7
  2. Nombor 7 dan PC
  3. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

okla..ni plak info yg aku copy dr anum..kedit tok anum ye.klu nk info lebih byk lg bolehla ke blog si anum ni. ente malas nk buat n3 panjang2.


ok.pesanan drpd penaja. pas baca ni check la botol ank2 anda. klu yg BPA tu silala buang ye. gantikan dgn BPA free. aku mmg menyokong dr awal BPA free ni so kos nk membuang botol ni x la byk sgt. ada 1 je botol barney yg aku akan korbankan.. chaloo babyyyy

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011..gud bye 2010



erm..skjp je kan dh 2011. Alhamdulillah..aku masih bernafas lagi. syukur sgt2.
thn 2010 ni mcm2 rempah ada..manis, suka, duka, pahit n aku rasa thn ni merupakan thn yg paling x besh tuk aku laki bini sbb gaduh bsr. x mo sentuh skit pun psl ni lg. walaupun 2011,2012, 2020 dtg tp aku akn ingt 2010..hihihi.

Apa2 pun tahun berganti..azam pun berganti. maybe ada yg continue azam..harap2 berjayala ye.
thn lepas aku x ada pun azam..haaa..jgn x percaya ye. sbbnya x smpt nk pikir psl azam. siang malam asik pikir ank..ank..ank..br ank sorang dh kecoh kan? mcm mnala klu ada smpi 3. eee...x leh tergambar kat pikiran aku ni. Actually sy masih x ada kemampuan lg tuk tmbh ank. sbbnya? bkn sbb kewangan. kemampuan tu luas..byk aspek kita kene tgk. dlm konteks ni kemampuan sy adalah untk handle ank sorang2..ye..klu yg sorang ni pun sy x dpt nk handle dgn btl x kan nk tmbh lg kan? apa2pun kita tgk la hujung 2011 ni..maybe ada sinar harapan kotttt..kikiki.

Thursday, December 30, 2010

Congrats to HARIMAU MALAYA

eh..mcm manala aku leh terjebak dlm dunia sukan terutama "bola" ni?

ha..ni la yg dikatakan semangat kenegaraan..walaupun aku x minat bola tp demi negara tercinta ni aku layan n sokong tau harimau malaya..dh la sume ensem2..kikikiki..
ye penting sok CUTI..our PM dh istiharkan sok cuti umum..yeeehaa..leh berjimba.
syabas MALAYSIA..syabas HARIMAU MALAYA..dh femes ni jgn lupa diri tau!!

tahniah malaysia,rajagopal & sume player
xpecially keeper yg ala2 korea..bermata sepet..i loikee (fahmi) yg jd wira mlm td...
p'mulaan yg baik utk sukan bola m'sia...
"MALAYSIA BOLEH"



muntah darah klu laki aku tau aku sukak budak ni

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah untuk semua kaum islam di dunia ini ;) yeayyyy..bsk kita coteyyy

sambut2 jugak tapi rasa2nya ingt x knp ada sambutan Maal Hijrah ni?
meh aku bgtau korang sbb takut2 ada yg ilang ingatan je.

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

ha..dh tau kan sbb apa? Hijrah ni bwk byk maksud..tp harap2 penghijrahan yg berlaku tu penghijrahan dr yg x brp nk baik ke benda yg baik. jangan terbalik sudah la ye.

Wednesday, December 1, 2010

50% off..lai..lai..

Jangan ingat baju bajan je ada sale..saman trafic pun ada % tau..hikhikhik.
tp yg x bestnya 50% tu untk saman after 1st dec 2010..kene byr dlm masa 15hr dr tarikh saman tu. Dah tu..saman2 lama aku ni macam mana datuk? ala..la..la..la..tok..tolong jangan saman..

Kompaun munasabah saman trafik mulai hari ini

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Polis akan menawarkan kadar kompaun munasabah bagi semua saman trafik mengikut beberapa syarat yang ditetapkan mulai esok.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook miliknya hari ini menyebut semua saman dikeluarkan pada atau sebelum hari ini, kadar munasabah akan diberikan secara automasi melalui semua kaedah bayaran iaitu kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.

Jelasnya lagi, kaedah bayaran sama turut digunakan bagi semua saman yang dikeluarkan selepas itu.

Katanya, saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50 peratus daripada kadar kompaun sebenar.

"Saman yang diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari pula akan diberikan insentif 30 peratus daripada kadar kompaun sebenar.

"Saman yang tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari, tidak akan diberikan sebarang insentif dan seterusnya akan disenarai hitam," menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara tersebut boleh menghubungi mana-mana Pegawai Trafik Daerah, Kontinjen atau Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seperti disenarai dalam Ruangan Maklumat Trafik yang terdapat di laman web www.rmp. gov.my.

Thursday, October 21, 2010

Apply 3 dpt 11? wowwwww!!!

dpt drpd my friend (faz) x tau la dia dpt dr mana..hihihi.

ermmmmmmmmmm...meriahkan klu 11hr cuti. yeayyy..leh berjimba sakanla. Bagi yg ada plan nk g holiday inila masanya. ambk cuti 3hr tp uols dpt 11hr cuti..kekekek..meroyan aku tgk tau. dlm otak ni mulala pikir nk g sana sini. cuma x bestnya klu nk g holiday ni sbb awal thn lg. so bdn masih lg dlm keadaan fresh nk bekerja. klu tgh2 thn ke mmg bestla kan. 11 hr tu..mau x best.

stkt ni aku x ada plan nk ke mana2 lg. mcm biasala..aku berkahwin dgn suami yg keje dlm bidang airlines ni so nk cuti mcm org biasa tu nan adooo. sorang2 la meratap hiba. klu nk plan cuti kene bg tau awl2..nk g kenduri pun kene booked dia awal2..stressss hakak. wiken x ada makna nk bercuti ngn family...hanya ada aku dgn rissa. nsbla aku ddk dkt dgn mak ayah so diorg la yg selalu aku angkut nk ke mana2..sob ..sob.. sedih tau.

okla..x mau la nk emo lagi. klu pikir mmg leh emo seumur idup. biarla life sy mcm ni..hope 1 day akan berubah. ni harapan sy tuk tahun2 akan dtg..wakkakaka. so kepada kwn2 sume..plan la cuti2 malaysia korang tuk tahun dpn ye. x lama je pun..ni dh end of October ;) adiosssss

Thursday, September 30, 2010

Apa yg korang buat waktu jalan tengah jem?

Pagi ni keadaan cuaca basah sgt2..jem plak sana sini. x bergerak u. pegi keje pun mls je nk bgn. knpla arini bkn sabtu/ahad? klu la sabtu/ahad dh tentu aku tarik selimut smpi ke kepala..smpi opis pun lmbt je tp x la kelam kabut sbb tgk rmi je lambat. so dh lambat biarla lmbt, jln cpt2 pun bkn dpt smpi awal kan?

duk dlm kete sorang2 di tgh2 jln yg x bergerak ni mmg sangatla busan. tp klu tgh berchenta tu mmg syok sbb masa lambt je berjalan. almaklumla..hati tgh berbunga2. so biasanya apa yg akan korang buat klu tgh2 jem tu? adakah ni yg selalu korang buat?

. korek idung
. make up
. breakfast
. baca newspaper
. btl tudung/pakai tai
. smoking
. potong kuku
. menyanyi sambil goyang bdn.

antara yg di atas tu aku penah buat mkn breakfast (roti..kekadag ns lemak tau..buh dlm tuppaware siap2) dgn potong kuku. Almaklumla sy ni kan ibu yg bz sentiasa so x ada masa nk potong kuku kat umh tu...dlm kete pun jdla. Pas buat keje2 tu jgn lupa kutip kuku2 yg terpelanting ye.hikhikhik.

tp arini berbeza..saya x buat apa2 sbb hujan sgt lebat..mata pun pandangan x brp jelas..dh smpi tahap limit. so tkt tercium bontot kete dpn. duk la diam2 ye.

Tuesday, September 28, 2010

Jangan Jadi bodo wahai Perempuan2!

I single lagi u.. blum kawin lagi. masih mencari2 perempuan yg sesuai untk di sunting jd isteri saya.

uwekkkkkkk!!!! Jantan mcm ni harus kene potong anu ye..opsss...18sx ye. Jantan mcm ni la yg jd penyumbang keruntuhan sesebuah institusi perkahwinan. Asik nk bg title Janda je kat pompuan2, kan ke dh bersepah mak2 jan (jgn ada yg terasa ye) tu blum lg anak dara yg kene serang dgn bini jantan ni..sungguh mengaibkan. klu org x tau citer yg sebenarnya dh tentula ingt si ank dara yg merenyam kan. Tp kita x tau yg jantan ni pun sama je..jantan klu jns mcm ni mmg cari peluang je la nk main kayu 3.

so kepada perempuan2 di luar sana berjaga2 dgn lelaki jenis ni. klu berkawan tu jgn main tangkap muat je. selidik lebih dlm..klu ada duit pasang PI. follow jantan ni selama 6bln pastu brla leh decide ok ke x. kakkakaaa. bg yg x beruang tu pandai2la selidik kan. jgn men dgr je ckp jantan mcm ni. nanti yg susah diri sendiri.

Lelaki ni mmg mcm2 pangai..akalnya pun panjang. mintak di jauhkan la benda2 ni dgn laki aku.

kdg2 aku kesian tgk pompuan yg jd mangsa laki sendiri. mmgla kita kene dgr ckp suami tp bg aku berpada2la. klu dh asik kene seksa je nk tahan lg ke? mmg ada pun pompuan yg boleh thn dgn peel suami yg mcm org gila akal. aku rasa tahan pun ats 1 reason..sbb ANAK-ANAK. x mau ank2 tu nanti membesar dgn x ada ayah. syabasla tuk mereka2 ini tp tolongla bukakan mata tu. jgn la seksakan diri sendiri dan ank2 tu. klu idup x bahagia, siang malam asik gado, asik nangis pun aku rasa x guna. ank2 membesar dlm persekitaran yg x bagus. takut nanti dh bsr memberontak pulak.

pikir2 kan la..mintak di jauhkanla sume ni dgn aku.
Amin..

Friday, April 30, 2010

Happy Labour's Day!!

Kepada mereka2 yg bergelar pekerja, inilah hari kita. yeay!! hehhee..tp aku rasa surirumah pun patut jugak di berikan hari ini tuk mereka2 sbbnya kerja rumah tu aku rasa 1 drpd kerja jugak..hakhak..so sang suami..off day kan 1 hari untk mereka2 ini. x pyh masak..so bwk la pi mkn mana2..jalan2 smbil menikmati dunia luar tu...selama ni asik bergelumang dlm umh/ mesyuarat tingkap je..bg la dia pki lawa2 skit..biar otak dia fresh skit ;)

Thn ni labour day x besh bg aku sbbnya jatuh pd hr sabtu. so x ada la public holiday. x beshnya la rasakan..klu la dpt hari isnin/jumaat ke..mst dpt cuti 3hari :) leh la aku bergelumang ngan si cekci comei tu.

So..tuk sume pekerja2 di Malaysia ni..bsk adalah Hari Pekerja. Selamat hari Pekerja korang..hope korang2 menjlnkan tugas dgn jujur..jgn men fb ngan forum je tau..hakhak..

"tp bosh, klu bosh x masuk opis..bosh x bg keje..x kan sy nk melangguk..dh tentu la sy cr alternatif lain..hihihi..maap boshhh!!"

Tuesday, April 13, 2010

Good info 4 Us

Fakta Ringkas

Terlalu banyak minuman kafein boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggi risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun Anda masih boleh meminum minuman berkafeina satu cawan sehari semasa mengandung.


arini x mo citer apa2 sbb x ada mood nk citer..PMS huhu.. so ni i letakkan fakta menarik yg perlu kita ingatkan bila anda, sy or rakan2 prmpn anda peknen. Fakta ini akan aku ingt bila aku peknen tuk 2nd baby..almaklumla aku ni pengemar kafein.

Ms peknen Rissa aku mmg gila2 mnm teh tarik, nescafe n cofee..nsbla x jd pape kat kandungan aku ni. Tiap2 kali nk mkn mst nk order kafein ni..tp nsbla aku dpt kawal pengambilan tu dgn meminum segelas sehari jek..puas aku thn tau..9bln lak tu..huhu..

ada jugak yg aku dgr klu ambk kafein ni berlebihan..ank yg bakal lahir ni akan jd hyperaktif..wallahuallam..