LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Thursday, March 24, 2011

susah btl nk pilih!

hari ni kaki gatal la..sibuk berjln ke sogo.


pas beli baju rissa aku pun merayau2 tgk beg yg dh lama aku berkenan.
tote..skang ni sibuk cari tote sbbnya susahla nk bwk 2 beg. beg rissa 1 beg aku 1.
nk dukung rissa lagi. mcm maid lak aku rasa kiri kanan dgn beg.
so ati memberontak nk beli tote yg lawa2..dh aim dh pun dkt sogo.
ELLE ke POLO hauss..kikiki..
aku feningla..x tau nk rembat yg mana.
tup2 lak jmp coach ni..wahhh..cantikk..tp mahal la.
x tergamak plak nk beli beg mhl2. sayang duittttttttt la.
tp aku dh meroyan ngn beg kat bwh ni...mcm manaaaaaaaaaa.??

Coach Hearts Poppy Glam Tote - Khaki 16319 (RM 1,130)
(gmbr di curi drpd web http://www.welovecoach.com)

ni pulak POLO hauss. ada 2 size..bsr dgn kecik.
yg kecik regenya 143..yg bsr 163.



ciri2 dia sama mcm coach ni..berzip..so brg x boleh jatuh terkeluar.
ada tmpt letak handphone skali..pastu dpt beg duit kecik tu. leh smpn kunci/duit syiling..hehhe

beg no 3 ialah beg ELLE. pic x dpt nk curikla tapii aku suka jugak.
dia jenis mcm quilt2..kaler pink peach. yg penting price b4 sale 2++.
after sale dpt 1++ so untungla kan. b4 ni aku tgk x ada sale pun.
tp kelemahannye sbb x ada zip..button je. so kebarangkalian brg2 nk cicir tu adala

beg ni lebih kurang mcm beg ELLE tu. suka material dia..ala2 mcm quilt2

skang ni me sudah pening..mana 1 yg nk kene pilih.
tp ati more to coach. mlm td nk bgtau hubby..tp br panggil je..dia tny nape. trs aku diammm..
takutt sbnrnya..nanti dia kata bln 5 nk jln jauh ni nk beli beg mhl pulak. mana 1 nk niiiii..huarrr
ape2 pun aku rasa nk buat mcm ni la.. rembat beg polo haus ataupn elle tu. coach plak tungguuu.
maybe after raya kot br leh **realisasikan impian aku ni. hukhuk


***Demi icha mi sanggup berkorban tau. nk rayakan? so me nk beli belah baju icha kat oberc
mi sanggup tunggu tauuu..x pe la beg ni dh x musim pun mi x kisah. dh bsr nanti icha belikan beg coach tuk mi ye. nk buh kain sembahyang.. :)

Tuesday, March 22, 2011

Sorry..Soryy..Sorry ye rissa

Chamat Ulangtahun ke 1thn 7bln ye chayang muchuk.

tp kann..mi nk say sorry la kat icha. mlm td mi marah icha kan..mi cubit icha kan. sbb apa?
sbbnya mi ngantukkk..icha lak dh pukul 1 pg x tido2. klu mi x keje x pe..nk tido lmbt pun x kisah
mi icha ni dh la ada penyakit migrain tahap ting tong. nanti x psl2 asik mc je. klu boleh mi x nk ada rekod kaler2 dlm mi nyer leave. so icha kene menyokong sbb next year kemungkinan bsr mi akan buat rekod kaler2 dgn byknyaa...ngenge..

smlm nenek ngadu ngn mi..icha diam2 naik ats katil mak ngah..pastu bukak lappy mak ngah.
menggayakan cara2 menjadi seorang penaip yg handal.kkekee..rugila nenek x snap gmbr icha tu.
klu x leh la mi ltk dlm blog icha ni..nanti dh bsr leh baca ye :) ni gara2 sp yg ajr? mi la kannn?
sbb nk bg rissa diam..aku lak nk iron baju. aku bukak kan lappy tu..tp x on pun lappy. dia dpt tekan2 keyboard tu pun x pe. dia happy sgtttt2..

okla..ni je nk conteng. apa2 pun mi nk ckp sorry ye.
nanti dh bsr jgn marah mi plak ye..ngenge...

Monday, March 21, 2011

imbasan dalam perut saya


inilah dia hasil imbasan dalam perut saya ;)
ha..jgn x tau. ms scan ni berlangsung org dalam tu tido je. x mo bgn pun tau.
frustla ibu..tp ok la jugak sbb org dlm ni hadiahkan senyuman kat ibu.
inilah hasil senyuman yg maniss dr org dlm ni.
terkejut tau first time nmpk org dlm ni pipi dia kembong yg hamatttt..kitorang bantai gelak tau tgk pipi dia tu..gebuu..kembong lak tu. dh dpt cd asik2 tgk je sbb nk tgk org dlm ni ikut muka ayah ke muka ibu?

agk2la kan apa jantina org dlm ni ye?
ms ni dh nmpk tp still x clear lg. tp naluri ibu kuat kata girl.
ibu belasah je tau beli brg2 girl..skali kannnnnnnn...
betull laaaa..girllll..org dlm ni ialah si gegirl saya yg makin noty la..AIMY ARISSA

sedih sgt2 cd yg pegi scan tu ntah ke mana ntah. ms sibuk2 nk kene pindah keluar m'sia..cheeehhh..hik hik..sume brg2 main tabur dlm kotak je sbb memikirkan masa yg senteng. tup2 x jadi pulak so x tau khazanah2 alam yg terindah ni kat kotak yg mana satu..ada yg ni je..ni la kenangan manis yg aku ada. ni pun terselit dlm pc aku. nsb baik la ada lg. sok icha dh 1thn 7 bln..yeee haaa

Tuesday, March 15, 2011

Al-fatihah

dpt call from my mum. pakcik saya dh kembali ke rahmatullah tghr td.
kebumikan asar ni tp x smpt nk lari ke johor. so kemungkinan yg amat besar esok saya ambk EL lagiiiiiii..bln ni rekod aku teruk btl laaa..adusss..segan btl rasanya tau. tp nk buat mcm mana. walaupn x smpt nk tgk jenazah tu tp at least tunjukla muka kan.

sok x leh visit kubur pakcik. sy bendera merah.
semoga roh pakcik di cucuri rahmat.
Amin..Al- fatihah.

dari Allah kita datang dan dari Dia juga kita kembali

kisah botol susu

As-salam ibuk2 dkt luar sana.

aku pasti n3 kali ni mst byk persamaan dgn belog2 ibuk2. btl x anum? hehhehe
tp x pe la..kisah ni untk aku dan juga ibu2 lain.
kisah botol susu BPA yg bahaya untk ank2 kita.
oleh itu ramai2 kita buang botol susu yg ada BPA ni..moh la sokong BPA free..walaupun mahal tp baik tuk kesihatan ank kita. tp ikut kata kwn aku si jiji..dia kata ada org jmp botol BPA free bwh rege 10hengget. buat masa ni aku dgn dia x pernah lg terjmp.

stkt ni rissa ada 1 je botol BPA ni..lain2 sume BPA free..so mulai arini mi akan buang botol barney rissa tu ye sayang.x pe la..botol tu pun bkn mhl sgt..klu mahal mau meraung mi.

ok la..kepada ibuk2 yg masih blur lg apa benda yg bahaya ni..apa yg nk kene buang ni. meh sy bg skit info. hasil gogelan dkt moh

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

  1. Nombor 7
  2. Nombor 7 dan PC
  3. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

okla..ni plak info yg aku copy dr anum..kedit tok anum ye.klu nk info lebih byk lg bolehla ke blog si anum ni. ente malas nk buat n3 panjang2.


ok.pesanan drpd penaja. pas baca ni check la botol ank2 anda. klu yg BPA tu silala buang ye. gantikan dgn BPA free. aku mmg menyokong dr awal BPA free ni so kos nk membuang botol ni x la byk sgt. ada 1 je botol barney yg aku akan korbankan.. chaloo babyyyy

Friday, March 11, 2011

Happy Besday Mama

happy besday to you..
happy besday to you..
happy besday to you..hembusss lilinnnn..hikhik..sorry..thn ni x ada kek la ma. org dh pegi giant tup2 terlupa plak nk beli. dh nk smpi umh br teringat. kita makan2 je la ye.

walaupun smlm family kami di timpa musibah tp celebrate ttp kitorang buat tuk mama. ok..dis year kitorang decide nk celebrate di padang pasir je..naik unta.hihi..memandangkan sume suka makanan arab ni so kitorang decide mlm ni nk mkn dkt Saba branch setiawangsa. dlm pukul 8 barula nk keluar umh sbb adik laki tu balik keje lmbt. aku sah2 la EL sbb byk benda nk di settlekan siang tu. Dahla 1hari hujan je..jln pulak jem. smpi situ dlam pukul 830.

dr luar tgk x ramai org.masuk2 dlm meja full. rissa plak tgh tido..mak aku dukungla dia. kitorang pusing2 tgk table x ada. pastu berdirila kitorang. sorang pun x tny kitorang. ni mmg aku dh naik darah la kan. pastu berdiri dlm 15mnt dpn cashier tu barula tok arab tu tny brp org. yg budak melayu tepi dia tu buat bodo je..eleehhh..mcm baguss je kan ko keje situ. x hadapp punn laaa. bencikk tauuu. dah tu kitorang tgk adala mcm 2 family trn dr tingkat atas. kira dh settlela mkn. bila staff saba ni check diorg kata full. laaa..mmgla full. rupanya yg ats tu diorg ambk sume untuk reservation. x ke banganggg..dh tu org semakin ramai. last2 sume dah berangin jek..kitorang keluar.

decide pegi Zam Zam arabic food dkt seksyen 9 Shah alam. jauhhh wei..dh la pukul 9 br nk gerak. dah tu jalan merata2 jemmmmmm..adik aku bawak kete pun dh mcm orang gilak je. sume dah lapar. Ma pulak suh balik je..katanya lain kali la belanja dia makan tp kitorang x nk. nk pegi jugak..hihi..sorry sebab degil ye ma. Akhirnya kitorang smpi sana pukul 10mlm. mmg pantas la..nsb kedai blum ttp tauu.

Yang pasti smpi je sini kitorang di layan baik punya. x ada la tercangak2 nk kene cari table sbb sini mmg luas n diorg yg layan kita. bkn kat saba tu. sume xpedulikan kitorang tau. okla..mls nk citer lagi..layan gmbrla ye.

zam zam arabic restaurant
oasis 9, jln tengku ampuan zabedah F 9/F
40000 shah alam
phone : 016-3285522

chicken khabsa & lamb khabsa

jgn tertipu..besday girl bkn yg tgh2 ni..yg hujung skali tu la mama saya

mixed grill..mmg best sgt2

arabic sweets..saya suka baqlawa..sodapp tp mhl la..kecik je 2 hegget.

mlm ni budak tecik ni behave..dia makan je. x main2 pun. maybe dia tau ayah x ada n paling penting nasi arab kesukaan rissa.

Thursday, March 10, 2011

Allah masih sayangkan adik saya.

Hari ni saya bz..dr pg smpila ke malam.
nama je cuti tp mcm2 hal nk kene uruskan..
pagi2 dh bgn..dh mcm bgn nk pegi keje je walhal x keje pun. sbbnya kene pegi umh mak pagi2 tu nk kene jaga rissa. rissa di kuarantin memandangkan ayhnya blum sihat lg. mak aku plak nk kene pegi spital wat check up. so kene la jaga si gegirl ni.

dlm pukul 11 plak kene ambk dia kat spital..pusing sana sini dh pukul 3.
pegi pulak pos brg tuk cik puan cira ni. dia dh menanti brg ni dkt sebulan tp bkn dr aku la kan..dr obersea..aku phm ko x sabar nk tgk baju bajan tu. (sorry cira aku x reply msg sbb siyes aku rasa bengang skit..kekeeke. sbnya aku dh janji nk pos aku mst buat kecuali ada hal yg x dpt dielakkan aku akan bgtau la. ko plak sms tny dh pos ke blum. aku dr pagi x rehat2..agk bengang la skit :) ) tp aku marah skit je..kekkeke.. pas settle everything blk umh masak tuk laki plak. dh sudah tu duk umh mak aku. lepas maghrib tu dpt call dr adik bongsu aku..dia eksiden..mak aku yg ckp dgn dia. aku dgr mak aku tny org tu mcm mana..mati ke. mak aku dh mcm nk pengsann..kesian mama. aku plak rasa nk bantai je adik aku tu. tp x jadi sbb pastu polis plak ckp dgn mak aku yg adik aku terlanggar orang tu. kejadian btl2 dpn downtown sri gombak. org tu nk melintas..polis kata adik aku x salah. situ bkn tmpt melintas..4 line jln tu.gila ke nk lintas.

dh tu aku bwk mak, ayah, laki aku ngn rissa2 skali aku angkut g balai IPD dkt selayang. buat report gitu gini..pegawai penyiasat ambk gmbr moto pe sume settle jam 10. tu blum pegi klinik lg tau. adik aku kira x teruk la..tangan kiri kanan tersagat..belakang bdn pun ada..kaki kiri kanan berdarah. Yang paling aku rasa bersyukur sgt2 sbbnya Allah masih sayangkan adik aku ni. masa dia terlanggar org tu dia jatuh berpusing2 tgh2 jalan tu. bila tgh bgn dia nmpk ada kereta dh nk dkt langgar dia. Nasib baik org tu sempat break. aku bersyukur sgt2. sedih bila kenangkan kalaula adik aku ni x ada ataupun cedera dia tu teruk aku x tau la mcm mana nk hadapi.

bila dh settle report bwk dia pegi klinik pulak..cuci luka sume..settle dlm kul 11lbh la..ms ni barula terasa lapar..br teringat last aku mkn masa lunch tau. yg paling cepat ialah megi je. bsk nya dpt informer pasal eksiden ni yg mangsa tu dh maut. actually ms kat balai lagi aku dh tau dia mati sbb polis yg ambk report tu kata "dh mati..bagus..selesai kerja aku" OMG!! x tau nk kata apa..agk biadap skit bunyinya kan. x pe la..lantakla dia. nk citer pasal mangsa yg adik aku langgar ni. polis jmp dlm poket seluar surat..surat mengatakan dia tu ada penyakit AIDS. ms dia mati tu pun mulut berbuih. maybe lepas ambk dadah kot. tu pasal la dia dgn selamba pikul part motor dan cuba melintas dkt jln yg ada line 4. sblm tu ada kete mengelak..tp adik aku x sempat nk elak dia n x perasan sbbnya berkulit hitam plus ms tu dh malam. so dia x smpt nk break trs langgar org tu. Moto rosak teruk jugak n skang ni tersadai dkt balai sbb jd bahan bukti. moto ni br je pki setahun..hadiah dr mama..sian mama. x pe la...anggap je x ada rezeki kita. yg penting nyawa adik selamat.

pas ni x tau la apa prosedur yg nk kene hadap. maybe kene bicara kot. x tau la mcm mana kes ni kan. korang ada info pasal kes ni? kesian adik aku..skang ni dia x boleh tido. asik terbayang je org tu. pg tadi mama pegi mintak air nk pulihkan semangat dia. yg aku geram kwn2 dia suka takutkan dia.katanya kwn diorg pun mcm ni gak tp kene penjara 3bln. ye ke? walaupun bkn salah adik aku? kesianla klu duk penjara..muda2 dh merasa. adik aku bkn org jahat pun..budak nakal pun x. mintak di jauhkan la benda2 ni sume. aku kesian tgk mama ngan ayah nanti.

mat pett yg mati ni pun menyusahkan org jeee..dh la ko ambk macam2. sebab kau org lain jadi susah!! semoga roh kau tenang dkt sana. JANGAN DATANG KACAU ADIK AKU..huarrrrr..